Thursday, May 14

CAKAP TAK CAKAP

Kata Fariha petang tadi,
"Sesuatu perlu dilakukan. Keadaan semakin genting. Kehadiran seseorang telah menyebabkan banyak rungutan dan rasa tidak puas hati.
Masalahnya dia ketua. Masalahnya dia sukar menerima teguran. "Nampak macam alim, tetapi buat orang sakit hati," itu komen yang kudengar daripada Kak Intan, mangsa terbarunya.
Siapalah kami untuk menegur tindakan dan kata-kata yang pedas yang keluar dari mulutnya. Kami orang bawahan. Dia orang atasan.
Sesiapa yang menjadi mangsa memang sakit hati. Yang menjadi mangsa sehingga bengkak mata menahan geram tidak segan lagi meluahkan perasaan terkilan terhadap sikapnya, kepada orang lain. Patutnya dia siasat dulu sebelum buat teguran pedas, ni tak, pakat hentam keromo suka hati dia ajer.
Aku serba salah. Aku sekadar mendengar; aku tak pernah menjadi mangsanya. Mungkin belum masanya lagi. Namun aku tak sedap hati, kerana terdedah kepada umpatan tentang si dia. Tak angguk tak boleh, sebab memang sikap kurang prihatinnya terhadap orang bawahan menjadi punca perbalahan. Terlalu tegas dan kurang menghargai. Sedangkan semua orang suka dihargai. Kutahu mengumpat orang lain itu berdosa tetapi dia memang teruk. Selama ini, kami tetap buat kerja walaupun tanpa pengawasannya. Sejak dia ada, semua tensen, dulu seronok kerja sekarang dah rasa bosan sebab itu ini dah tak boleh, semua dia nak kawal.
Nak tegur dia dengan cara berhikmah, diri ini siapa? Juga orang bawahannya. Silap hari, nanti aku pula yang dia target sebagai mangsa seterusnya.
Nak minta bantuan ketua lain, mungkin nanti diri ini dilabel busybody, menyibuk saja. Pekerja lebih senior pun diam saja, lagak biasa depan dia tetapi belakang, masih mengumpat gak.
Tapi hati ini kata perlu lakukan sesuatu. Tak boleh biarkan perasaan negatif yang sedang melanda kakitangan ofis aku itu berterusan, nanti jadi wabak yang sukar dihapuskan.
Mula-mula aku nak join NGO Islam yang kutahu dia jadi anggota tapi bila tengok perangai dia camtu, aku dah malas nak join. Kalau dia yang dah lama pun perangai tegas giler, nampak sangatlah modul dakwah NGO itu kurang berkesan. Aku dah naik fobia nak join NGO itu, risau nanti bila aku join NGO itu aku pula perangai cam dia.
Aku dah buntu.
Nak tegur dia secara bersendirian supaya dia sedar diri atau buat donno ajer, biar orang lain yang tegur.
Tolonglah beri pandangan, mungkin boleh membantu redakan keadaan di ofis aku ni."

5 comments:

  1. Salam
    Kak Aliya. Pendapat saya adalah baik cakap sendiri dengan dia. Dia punya reaksi yang macam mana itu belakang kira. Sekurang-kurangnya kita sudah bercakap daripada terus-terusan simpan dan cakap belakang. Buat dosa ngumpat aja. Mana orang suka dengar kenyataan dan kebenaran, tak banyak orang boleh terima. Apa-apapun bercakaplah langsung dengan dia .Saya rasa itu lebih baik.
    :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ukhtie..
    lama x jguk blog nie..
    hm.. btul tu.. pada saya pun, better slow talk dgn dia.. over lunch ke... cari time yg raa sesuai. mungkin die xperasan problem die ni. jd kne ada org yg nasihat scr baik. kn cara ni lebih baik dr dia terdengar sendiri org kutuk dia..

    just my two cents.. may Allah bless u!

    ReplyDelete
  3. salam kak alia.
    i see ur blog via google
    nice to meet you
    anyway,my blog is www.shahlina1985.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam
    wnorhaslina,humayra, shalin,
    Terima kasih kerana memberi pendapat. Ya, itu yang saya juga fikirkan. Tapi nak mulakan langkah pertama itu amat susah,bukan? Tambahan kalau berlainan jantina, lagi susah nak uruskan..

    ReplyDelete
  5. Salam 165 Kak Aliya,

    He certainly can be changed. How? ESQ....The best course in the world. InshaAllahhhh. Ameen. Kak Aliya promote ESQ kat dia takpe, kan dia ketua. Biasa orang-orang besar memang layak pergi ke ESQ course. ESQ boleh, ESQ yea! Astaghfirullah kalau taksub dengan ESQ. Ini bukan taksub tapi kagum dengan sifat-sifat yang tidak boleh dihiraukan walaupun kita mempunyai status kerana ia perlu diabdikan bukan ditutup dengan muka boss atau wang yang dimiliki. Astagfirullah..

    ESQ bisa membuatkan KITA MERASA SAMA setelah kita sedar dan kemudian tunduk melalui anggukan universal secara ihkhlas. Maka terbuktilah lagi firman ALLAH SWT di dalam al-Qur'an iaitu "Sesungguhnya umat manusia itu adalah SATU..."

    AssalamuAlaikum Wrt Wbt,
    -Hanan

    ReplyDelete