Wednesday, April 1

BUKAN TAK TAHU

"Kenapa dengan tangan kamu tu?"

Saya memerhatikan mereka. Kelebihan guru berdiri dan pelajar duduk ketika membuat latihan bertulis digunakan untuk memantau tingkah laku dan kerja mereka.
Kelihatan beberapa tangan pelajar lelaki Melayu yang sudah siap bercorak, dilukis dan diwarnakan dengan pen merah, hitam dan biru, di pergelangan tangan. Aduhai, buat tatu pula mereka itu!

"Kamu tahu tak melukis di tangan tu haram? Pakai tatu di badan ni haram dari segi agama Islam? Tak sah solat kamu, tambahan lukisan yang kamu sendiri buat ni? Ha..apa bapa kamu nak kata bila nampak tatu kamu ni?"

Spontan saya berleter! Huhuhu, sendiri pun terkejut kerana boleh berleter begitu dengan pelajar lelaki yang berbadan lebih besar daripada saya. Silap haribulan, saya pula yang dijawab kembali atau ditampar (pelajar zaman sekarang belum tentu cara penerimaan mereka terhadap teguran kita ni). Berdebar juga jantung saya selepas selesai bersuara.
Lega. Mereka sekadar tunduk mendiamkan diri atau tersengih segan. Apabila saya berjalan kembali ke meja mereka, kelihatan beberapa pelajar dalam kumpulan itu yang sedang cuba mengesat tatu di tangan dengan air. Saya tepuk bahu mereka.

Hmm, bukan mereka tak tahu melukis tatu itu haram, walaupun dengan pen berdakwat. Mereka dipengaruhi oleh rakan sebaya. Nak masuk geng kami, kena buat begini. Nak jadi popular, kena buat begitu. Itu belum lagi masuk bab-bab bercouple, berdating, serta ponteng sekolah dan kelas tuisyen untuk berjumpa kekasih! Oleh itu perlulah kita sebagai orang dewasa sentiasa memantau aktiviti mereka, memeriksa beg sekolah dan pakaian mereka supaya tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir yang tidak sihat. Cegah sebelum parah.

Pengetahuan tentang fardu ain, fikah, tasawwuf dan sebagainya dalam Islam banyak ditekankan untuk peperiksaan dan kurang dihayati, akhirnya jadilah keadaan seperti pelajar-pelajar tadi.
Tahu tetapi cepat lupa!

image:http://www.bbc.co.uk/

9 comments:

  1. bukan tak tahu tapi memang sengaja tak ambil tahu...

    ignorance is a bliss?? huhu more to ignorance is 'bisikan' iblis.

    wassalam
    :)

    ReplyDelete
  2. Inilah yang berlaku dewasa ini. Sebenarnya peranan ibu bapa adalah sangat penting. kita sahaja sebagai seorang guru tak dapat menjaga kesemua perkara yang berlaku kepada para pelajar ini. but we as teachers must put 110% to educate these students...

    ReplyDelete
  3. Salam,

    I was just wandering, is that mean that drawing henna on hand, the ones that new bridegroom always do on their hands and foot is also haram?
    (corak2 pada kulit menggunakan inai)

    (sudah tahu bertanya lagi... huhuhu I just want confirmation..)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt,

    Ahong, this link might help you:

    http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=37743&start=0&postdays=0&postorder=asc&highlight=&sid=964b0ebff58eed0dcd698f351497f0cc

    Conclusion: Man cannot clour his hand ither using henna or whatever, it is either imitating the women or non-Muslims.

    ReplyDelete
  5. However, either our ablution or mandi wajib is valid or not, it depens either the material used allows water to touch the skin or not.

    Like Inai (Henna), it allows water to touch skin, Insya-allah the ablution and mandi wajib is valid eventhoug it is prohibited.

    ReplyDelete
  6. SALAM...sonok view & read your blog nih...izinkan saye link tis blog to my own..salam perkenalan....

    ReplyDelete
  7. baru ini saya tahu.. menconteng tgn begitu adalah haram.. jahilnya saya..

    nice writings.. im linking u with my blog.. thanx..

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam,
    Thanks for visiting. Dipersilakan jika nak link :)

    ReplyDelete