Thursday, March 26

MNDEKATKAN ATAU MENJAUHKAN?

"Cikgu, saya tarik diri saja," remaja yang bernama Halina itu sudah hampir hendak menangis.
Cikgu Anis menarik nafas panjang. Seminit yang lalu dia yang masih sibuk bermundar-mandir menguruskan para pelajar yang sedang menjalani acara sukan telah dipanggil oleh beberapa guru rumah sukan lain. Terpinga-pinga Cikgu Anis apabila menyedari seorang peserta rumah sukannya sedang dikelilingi guru rumah sukan lain.
"Tengok ni, Anis. Ni ha.. pakai baju kolar besar di sebalik tudung yang tidak bertutup rapat." Cikgu Sara terus menyelak tudung Halina menunjukkan lehernya yang terdedah dan kolar baju yang agak luas.
"Nak lari begini? Tak malukah dengan cikgu-cikgu lelaki yang di tengah padang melihat awak?" komen Cikgu Nisa.
"Tak payah lari kalau berpakaian begini,"Cikgu Mariam pula memberi pendapat.
Belum sempat Cikgu Anis berpeluang bersuara, remaja perempuan itu berkata kepadanya bahawa dia hendak menarik diri daripada bertanding. Kemudian remaja itu berjalan meninggalkan kumpulan guru wanita itu.
Cikgu Anis tidak mahu mengeruhkan keadaan. Dia sekadar memandang guru-guru yang menyatakan bahawa pelajar itu 'memang begitu', dan sebagainya yang tidak mahu diingatinya. Matanya liar mencari kelibat Halina yang sudah berjalan menghampiri pintu pagar sekolah.
Cikgu Anis melambai-lambai ke arah Halina yang baru dikenalinya. Syukur, pelajar itu berjalan menujunya. Tanpa membuang masa, Cikgu Anis menghampirinya.
"Saya nak tarik diri, cikgu," Halina mengulangi kata-katanya lagi.
"Betulkah kamu nak tarik diri? Mengapa?" Cikgu Jannah bertanya dengan lembut.
"Saya pakai begini (baju putih lengan panjang tetapi agak menampakkan bentuk tubuh) pun mereka mengata saya. Ini satu-satunya baju lengan panjang yang saya ada. Semalam budak perempuan lain pakai lagi teruk pun, dengan baju lengan pendek mereka tak tahan, mengapa saya yang jadi sasaran?"
Cikgu Anis cuba mencari jawapan yang terbaik.
"Bagus kamu pakai baju lengan panjang, tetapi.. kalau tudung ini dipinkan dengan elok dengan tengah-tengah (menutupi leher yang agak terdedah) akan lebih baik lagi," kata Cikgu Anis.
"Mereka tu.. Mereka suka berkumpul bersama dan bercakap yang buruk-buruk tentang saya. Saya tahu dulu saya ada buat salah tetapi itu dulu. Saya disuruh hormat guru-guru, tak boleh lawan tetapi mereka kata macam-macam tentang saya, boleh," Halina mengesat air matanya.
Cikgu Anis cuba memujuknya supaya mempertimbangkan keputusannya menarik diri. "Cikgu ada brooch di dalam kereta, baru lagi. Kalau kamu nak, boleh Cikgu ambilkan dari dalam kereta, pakai pada tudung ni supaya leher kamu tak terdedah begini. Cikgu ambilkan, ya?"
"Tak nak, Cikgu. Saya ambil bahagian hari ini, nanti esok mereka akan mengata saya lagi."
Cikgu Anis terpaksa merelakan penarikan diri Halina daripada bertanding.
Sejurus selepas itu, ketika Cikgu Anis sedang memerhatikan peserta yang bertanding dengan Cikgu Jamilah, Cikgu Mariam datang menegurnya.
"Apa yang dikatakan Halina itu tadi?"
"Dia tarik diri," jawab Cikgu Anis dengan ringkas.
"Dia memang bermasalah, dah banyak kali timbul isu.Ini dia balik awal bukan tentu dia balik rumah. Dulu dia lari dari rumah, tinggal dengan teman lelaki," kata Cikgu Jamilah.
"Saya kurang setuju dengan cara Halina ditegur tadi. Bagi saya, yang berlaku tadi bukanlah cara yang terbaik untuk menegur dan mendidik seorang pelajar perempuan yang sudah kita tahu ada kelemahan tertentu. Kita sepatutnya dekatkan dia kepada jalan yang betul, jalan Islam. Mungkin apa yang dilakukan tadi adalah prosedur yang betul, tetapi secara tidak langsung tindakan dan bahasa yang digunakan semasa menegurnya telah menyisihkan dan memalukannya. Bila orang terluka dengan tindakan kita, secara langsung akan menyebabkannya semakin jauh daripada kebenaran. Bila dia sakit hati, dia akan lebih memberontak."
Kelihatan Cikgu Mariam terdiam, mungkin tidak menyangka Cikgu Anis akan bersuara begitu. Mungkin juga dia menganggap bahawa Cikgu Anis akan mengangguk dengan segala yang dikatakannya dan bercerita terus tentang kisah hitam Halina.
Cikgu Anis tidak senang duduk. Gelisah memikirkan tindakan Halina yang seterusnya akibat dicemuh di khalayak ramai. Mungkinkah dia akan melencong ke tempat lain dan mengundang masalah lain kerana telah pulang awal akibat tidak mengambil bahagian dalam acara sukan?

********************************************************************


Apabila kita dibesarkan dan dididik dengan bimbingan agama yang kukuh, serta hanya bergaul dengan orang yang turut sama seiring dengan kita, bagaimanakah kita harus bertindak apabila berhadapan dengan mereka yang agak berlainan?
Sekiranya kita penuh dengan ilmu agama Islam yang kukuh, bagaimanakah kita harus menerangkan ajaran Islam kepada mereka yang sudah sesat dari lintasan yang benar?
Mungkin selama ini kita hanya bergaul dengan mereka yang seangkatan dengan kita; wanita dengan tudung labuh dan menutup aurat, lelaki dengan sifat 'gentlemen'. Bagaimanakah harus kita yang mendapat didikan agama yang baik dan kukuh berinterakasi dengan mereka yang masih hidup dengan kejahilan tentang agama?

Ataukah kita membina benteng tersendiri dengan memilih untuk tidak mahu mengenali dan mendekati golongan yang 'sesat' itu?
Adakah kita memandang mereka yang kurang "Islamik" itu dengan jijik, menggolongkan mereka sebagai orang sesat dan bersyukur kerana diri sendiri bukan begitu?

Pernahkah kita mengajak mereka yang kurang fahaman Islamik, tidak berpakaian menutup aurat ke majlis ilmu atau majlis dakwah, ataupun kita sudah membuat satu andaian bahawa "mereka tentu tidak akan berminat" memandangkan pakaian dan cara hidup mereka yang sudah sesat?

Pernahkah hati kita berbisik,"Ah, teruknya pakaian dan tingkah laku mereka itu!" dan menyumpah dalam hati, sambil bersyukur kita bukan tergolong dalam golongan itu? Mungkin mereka begitu kerana selama ini tiada orang yang cuba mendekati dan mengajak mereka untuk menjadi Muslim yang lebih baik?

Atau adakah kita antara mereka yang berkata,"Sudah banyak kali tegur, dah marah, dah cuba betulkan tetapi mereka masih degil!"

Mungkin benar, mereka yang bermasalah seperti Halina dalam kategori tegar. Namun kalau kita berada di tempat mereka, bukankah kita juga ingin diterima semula, dibimbing dengan kesabaran, ditegur dengan penuh hikmah? Diberi peluang untuk hidup dengan lebih baik dalam jalan Islam? Mungkin dalam hati mereka tahu mereka bersalah kerana tidak mengikuti ajaran Islam, tidak sebaik Muslim lain dan mereka sudah bertaubat dan mahu mencari jalan pulang, tetapi masyarakat masih belum bersedia menerima mereka dan mahu membimbing mereka kembali ke jalan yang benar?

Mungkinkah cara kita menegur dan mendidik itu yang sebenarnya salah, walaupun inputnya memang bagus? Adakah dengan cara memarahi, menjatuhkan air muka, dan menceritakan kisah buruk seseorang kepada yang lain, itu satu bentuk didikan dan satu contoh kehidupan Muslim yang baik?

Pernahkah kita sebagai orang Islam yang lebih beruntung, yang lebih awal mengenali ajaran Islam yang bersih dan suci, mendoakan mereka yang semakin hari semakin jauh dari Islam agar mereka dapat mencari jalan pulang ke pangkuan Islam semula?
Bagaimana pula dengan usaha kita mendekatkan mereka semula kepada ajaran Islam, mengikut cara dakwah Rasulullah saw yang berlemah lembut dan penuh kesabaran?

Adakah segala tindakan kita, disedari ataupun tanpa sedar, mendekatkan orang lain kepada Islam atau menjauhkan mereka daripada Islam?

19 comments:

  1. salam kak...
    dah ekian lama saya jadi silent reader blog akak, baru arini terasa nak komen ^_-
    cerita kak ni ada sikit sebyk sama ngn entri baru saya, pasal sikap orang kita ni yg kadang2 tak mencerminkan keindahan islam tu... keras lawan tegar, sampai bila pun hambar

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Aliya,

    Teguran membina dlm msykt memang jarang didapati. Yg bnyknya ialah cemuhan kemudian salah org sana sini bila keadaan msykt makin teruk. Sudah lama sy menanti2 penulisan sikap masykt. Sgt setuju dgn pendaoat heretic preacher sewajarnya Muslim mempraktikkan ad-din. The best way to dakwah is through attitude and ability to understand then to be understood.

    Sdg Yahudi yg Aisyah balas kata dgn cara kasar pun Rasulullah tegur,inikan kita yg x setanding.

    Islam itu sempurna,tetapi penganutnya tidak. Sama2 kita mengingatkan.

    ReplyDelete
  3. Orang Islam selalu sangat nak berdakwah tapi tak berhikmah sampai orang kita sendiri benci dengan Islam.

    ReplyDelete
  4. Salam...
    Saya suka baca blog akak... tp x pernah komen... maybe x de yg kena dgn diri sy...

    Tp, entry ni membuat sy terfikir banyak kali... Kenapa Bekas guru sy x mcm Cikgu Anis tue...

    Sy akui, semua org mungkin ada kisah hitam masing2... Tp kalau cikgu sendiri yg seperti menggalakkan... apa-apa yg buruk mungkin akan bertambah...

    Sy berharap bakal guru seperti sy boleh jadi seperti Cikgu Anis

    ReplyDelete
  5. I am guilty of feeling that way, at times.. walhal sebenarnya saya pun tidak sempurna, tidak bertudung labuh, dan tidak perfect. tetapi sewaktu saya di malaysia dulu, saya selalu melihat kwn2 saya yg berperangai kebaratan (minum, clubbing) dan menjauhi mereka dan bersyukur saya tidak sebegitu. namun bila di sini,dengan muslim komuniti di sini yang tidak judgemental, bila dengar cerita bagaimana shaikh yusuf estes memeluk islam dan juga ramai lagi orang lain (dari tingkah laku muslim yang baik) dan bukan dari berdakwah secara terang-terangan/mendesak, saya insaf. who are we to judge others? we are not Allah. I love this entry. this describes exactly what our malaysian muslim community are, with their holier than thou attitude. thank you aliya for writing such an inspiring entry for me (and everyone else) to ponder

    ReplyDelete
  6. salam...
    jalan dakwah mmg sukar dan bnyk cabarannya.
    ramai yg ingin berdakwah tp cara dan pendekatan kadang2 x kena.
    guna cara yg berhikmah insyaAllah kita mudah menarik dan org lain juga akan tertarik.

    ReplyDelete
  7. salam.

    may Allah SWT blessed you, sis aliya. insya-Allah

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam,
    heretic preacher,
    Malang sungguh apabila ada di antara saudara kita yang sudah merasakan dirinya cukup baik (dan orang lain kurang)tetapi lupa bahawa salah satu tugasnya di dunia ini adalah membantu orang lain mendekatkan diri dengan Allah swt.Jalan dakwah sebenarnya banyak tetapi masih ramai yang hanya melihat dakwah hanya melalui ceramah agama di majlis-majlis rasmi.

    ReplyDelete
  9. Waalaikumussalam,
    sarah,benrauf, hizryanz, sheri,

    Dalam sebuah surah maksudnya,"dan carilah pahala negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah anda lupa bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi.

    Hizryanz, guru pun manusia biasa, tidak lari daripada melakukan kesilapan,tetapi tanggungjawab guru lebih berat daripada orang kebanyakan kerana bukan sahaja guru menyampaikan ilmu bahkan membentuk jiwa manusia.Kadang-kadang gerun memikirkan amanah yang dipikul.

    sheri, kisah benar tersebut di antara berjuta-juta peristiwa yang dialami oleh anak-anak kita. Saya hanya berkongsi dengan harapan kita smua mengambil iktibar. Juga bertindak sebagai peringatan kepada diri saya sendiri.

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam semalu & aidura,
    Saya pernah dengar orang membuat bandingan antara mubaligh kristian dan pendakwah Islam. Dikatakan orang kristian berdakwah dengan perbuatan membantu tanpa syarat dan kebaikan hati tetapi yang Islam banyak berceramah dan berkhutbah. Kita perlu mengubah tanggapan negatif itu. Islam juga agama yang penuh dengan kasih sayang, malangnya umatnya kurang mempamerkan kasih sayang itu!
    Aidura, thanks. May Allah swt bless you,and everyone else with hidayah.

    ReplyDelete
  11. Salams...

    I dunno. Mebbe am not too Islamic. Mebbe am just pissed with the way things are being run today.

    Was in primary school in the 70s. Every boys wore shorts and every girl wore them pinafore. The same applied when we were in secondary school in the early 80s. Did the majority of us turned kafirs? Did the majority of us grow up as perverted sex maniacs? Mebbe few chose to be just that. So what?

    I have two daughters. One wears baju kurung and tudung. Her discipline teacher insisted that she wore a white t-shirt inside. The other is a school prefect. And this is beginning to get on me nerve some. She has to wear a long sleeve shirt. Button to the neck and a tie. Buttoned at them cuffs. A tudung tucked into the collar. A vest. And her teacher insist on long socks. And this is tropical and humid Malaysia.

    I dunno. Mebbe the Quran is not specific enough. Hence some holier than thou, guaranteed Jannah tenant, can come up with some mind numbing ways to torture little children.

    And when we Muslim Malays are too preoccupied with what we should or should not wear, them kafirs are way ahead of us in everything.

    And do we see better Muslim Malays walking the streets nowadays, despite that rigourous 'coverage rules' being enforced?

    We are sadly, more into form than substance. More into enforcing the skin than nurturing the mind, the soul. Bertudung litup & berjanggut sejemput tetapi hampeh. So y'all good teachers, please prove me wrong.

    ReplyDelete
  12. Salams Abu Usamah...

    I hear you. I get where you're coming from. And I know them hukums enough to differentiate what is being asked by Allah and what is being preferred by humans. Am I questioning Allah? I am questioning them educators and administrators who thought their interpretation of the Quran is the best and take it upon themselves to be zealots-like.

    Cover your aurat, yes. But overkill? And on pre-puberty kids at that? Haram is haram. No question there. But tell me the proper way to cover the aurat. And how many layers. And what colours. It seems those issues are being harped upon instead of just covering your aurat, full stop.

    That's is why I said Muslim Malays are overboard on forms, rather than substance. If we nurture our kids properly and teach them what's right and what's wrong, insyaAllah they'll turn up ok. But if we're too into them outer layers, we'll get just that. Nice and glossy cardboard boxes but junk food inside.

    Ignorance may be bliss. But trying to be clever is another.

    Stay safe and sane.

    ReplyDelete
  13. Waalaikumussalam
    tarings,
    I know what you mean. True, some schools are over-zealous in implementing the dress code for girls, usually without the consent of the Education Ministry. So perhaps parents should agree with the dresscode inposed by the school before enrolling their children there, to avoid dissatisfaction? Perhaps your daughters are in a premier school where public image is important? In my opinion, Muslim girls should encouraged to cover their aurat properly by the time they're 10, so that they'd be able to adjust to the new dresscode when they reach puberty.
    Hmm, I can imagine your frustration. Why can't your daughter wear a camisole? I'm sorry to say, there is a growing lack of empathy among educators who would have squirmed had they been forced to wear the same dresscode they impose on those prefects like your daughter. Actually, wearing a tudung (covering the chest), a dark colored baju kurung and socks long enough to cover the ankles is sufficient for a female student. Alas, there's a Education Ministry dresscode for all Muslim students but none for school prefects.Perhaps you should voice your stand in the PIBG meeting?

    ReplyDelete
  14. Waalaikumussalam Masri,
    I think perhaps you've misinterpreted what Tarings meant. I remember my schooldays in 80s when almost all the Malay girls were bare-headed, some in pinafores but nbody was was "wild and rude" as some Muslims girls today in their baju kurung and tudung. We teach them mosly about fiqah, about aurat, about rukun Islam etc but we seldom teach them about the core of Islam - the love of Allah swt, the compassion for others, the meaning of ukhwah.
    True, covering aurat is Allah's command but the al-Quran and hadith had never instructed people to be covered as much as taring's daughter is told to by her discipline teacher.
    I was in Kota Bahru and after commenting about my observation about the Kelantanese state being a Muslim state (but some Muslimah there not properly aurat covered), I was told that it takes time to educate and change people to be better. Practising moderation, as exemplified by Rasulullah saw, is the best way.

    ReplyDelete
  15. Salam,

    'Islam is not us by declaring that you are Muslim, Islam is submission to Allah. What is submission to Allah? Listen and obey.'

    I saw this and is one of the comments and I beg to differ.

    The last word is just wrong. We do not 'LISTEN' and 'OBEY'. That is very wrong because listen and obey is just plain obedience. We are muslims. The only way to summit to Allah is because we have "FAITH'. We look for the absolute truth.

    We do not just listen but we have to read and think and make sure that it is an absolute truth before we obey. Why did Allah say 'Read in the name of Allah'? Why 'read'? Why not 'Listen in the name of Allah'? I always think Allah wants us to keep reading,, keep looking for absolute truth, try to understand His signs.

    I will never just LISTEN and OBEY...

    Anyway do you know that during our grandmother's time, anyone wearing a tudung was called a hantu pocong?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum wbt.

    To Ahong, plz check surah al-Baqarah verse: 285 where the words 'sami'na wa atho'na' were used which means we listen and we obey.

    What is the relevance of ignorance and unknowledgeable (bcoz during that time Islamic knowledge is not wide spread) people who call those who wear hijab as 'hantu pocong' to this topic?

    ReplyDelete
  17. Salam,

    Erm, you said

    What is submission to Allah? Listen and obey.

    I interpret what you said as the way to summit to Allah is to just to listen to what 'other people' tell you and follow. (Listen and obey)

    You said that according to 2:285

    2:285. The Messenger believeth in what hath been revealed to him from his Lord, as do the men of faith. Each one (of them) believeth in Allah, His angels, His books, and His Messengers337. "We make no distinction (they say) between one and another338 of His messengers." And they say: "We hear, and we obey: (We seek) Thy forgiveness339, our Lord, and to Thee is the end of all journeys."

    Yes it is to man with faith believe in Allah and what was revealed to our beloved prophet Muhammad (mpbuh), believe in His Angels, believe in his book and believe in His messengers.

    I see that I interpreted wrongly on what you try to explain in the text and I am sorry. I just want to explain that faith is not blind. To be faithful with sincerity and truthfully, it does not come just naturally. It must come with the enlightenment of truth.

    Yes we must listen and obey Allah, His Angel, His Books and His Messengers. But the question is how? We listen to what other people tell us and follow blindly? That is just plain obedience. We must instead SEEK FOR THE TRUTH. If I were to just listen to what other people told me I will not know the truth and I would not be a muslim now. I just listen to my parents and stay as an unbeliever? No. What if there is a Christian missionary come and tell me that God is so and so? Do I just listen and obey?

    One example, if you parents told you that if you prays six rak`ahs after Maghrib Prayer is as if he or she did 12 years of worship, will we follow or will we check first? :D You seek for truth so you can have faith!

    Look at
    42: 52. And thus have We, by Our Command, sent inspiration to thee: thou knewest not (before)4601 what was Revelation, and what was Faith; but We have made the (Qur´an) a Light, wherewith We guide such of Our servants as We will; and verily thou dost guide (men)4602 to the Straight Way,-

    From this verse I can understand that we only know faith after we learn about the truth Allah shown us (the Signs). In this sense if we force a person to just 'pakai tudung'. It will be useless because even if the person wears it, she will not have faith. She did it insincerely. I find that the best way to make an impact in this type of issue is to show them the truth of Islam and once they summit sincerely to Allah S.W.T., insyaAllah they will change by themselves.

    Now to explain relevance of ignorance and unknowledgeable people who wear hijab as hantu pocong to this topic. I heard about this from my old teacher and a friend from Indonesia so this only happen in nusantara. Muslim people in the old days did not accept Islam because they did not seek the knowledge and the truth of our religion. And the same condition applies to what is happening to our society today. But things are getting better because muslims come to realize the importance of Islamic Education today. Most people just follow what other muslim does. Example: 'pakai tudung'. If you only follow then most of the time you will follow how many muslims 'pakai tudung' which is improper and not in the way it should be. This also applies to all aspects of a muslim's life.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum wbt,

    Ahong,

    As Muslim, it is not an Islamic teaching to obey people without evidence. Our full obedience- listen and obey- is only for Allah and Rasulullah saw.

    You know, lack of awareness in this issue will bring Muslim either to become so extrim or so liberal.

    For example, some ustaz during my school time said if a non-Muslim greets us with salam, we must reply "As-Samu 'Alaikum" which means "Curse Upon You". If we follow blindly this ustaz, we will do something against what Propeht Muhammad PBUH taught us in authentic hadith narrated in al-Bukhari and Muslim which tell us that if non-Muslim greets us, we must reply "Alaikum". nad some scholars has come to conclusion that "Alaikum" is only used when that non-Muslim is cursing us, but if they give greeting "Assalamualaikum" we must reply "wallaikumussalam wbt". This is because in hadeeth it shows that during thath time, Jews curse Prophet Muhammad while greeting him, Aisyah ra heard and cursed them back, and Prophet Muhammad saw advised her and told her to say 'alaikum' only.

    Follow blindly will also lead to liberal. Some people including follow blindly what other people say- for example, just because going out together with non-Mahram is normal nowadays, people and our youngsters just follow, they said we are doing nothing wrong, we just go out together, (wrong in their understanding is ZINA, but free mixing with opposite gender is okay).

    This is the problem of Muslims. They follow blindly either the ustaz or the media, western artist etc. Both lead to disaster.

    2ndly, sincerity is between heart of people and Allah. In Islam, like has been stated in Hadith, we are responsible to do Amr Ma'ruf Nahi Munkar by hand (enforcement, power), by tongue, by heart.

    Both must be done. In the case a teacher forced a girl in P.Pinang, that she must wear proper dress covering aurat, not wearing tight pants, the teacher is right. He is doing what he should as Muslim, he is following what Prophet PBUH said 'change by HAND.

    Wallahua'alm, (sorry for causing you to misunderstandmy writing. You can ask Kak Alya, she know how I am really against blindly following in Islamic practise. Our full obedience only to Allah)

    ReplyDelete
  19. Waalaikumsalam wrt.wbt.

    Masri,

    Its actually my fault because I came to that conclusion by myself. I am sorry. I should have asked first. :)

    Yes I agree. I agree what the teacher have done. I always think that there is no way to force that young girl to wear a hijab. She have to learn the truth, learn to appreciate and love her religion, then only maybe she will with her own will wear a hijab. Is it the parents responsibility to make sure this happen?

    ReplyDelete