Saturday, February 28

TAKUT?


"Awak tak takut?" dia bertanya.

"Kalau saya takut, saya takkan berdiri di depan awak sebagai seorang Muslimah. Kalau saya takut dengan kritikan, celaan, dan kutukan orang yang sering kedengaran, dah lama saya kuburkan hasrat untuk menjadi diri saya yang sebenar, iaitu memeluk Islam dan hidup sebagai orang Islam. Bertahun-tahun saya hidup terseksa semata-mata untuk menjaga hati orang di sekeliling saya tetapi mereka tidak pernah cuba memahami kehendak saya dan keperluan saya. Mereka sendiri mementingkan diri dengan meletakkan syarat-syarat tertentu kepada saya. Saya tidak bebas mengamalkan cara hidup yang saya idamkan sehinggalah saya memberanikan diri melangkah ke hadapan, meninggalkan mereka yang kemarahan di belakang saya. Kini saya bahagia tetapi mereka yang masih tidak mahu berubah terus berada di takuk lama. Dulu Mak saya juga takut untuk memperjuangkan haknya tetapi setelah saya memeluk Islam, Mak juga menjadi berani dan tidak kisah lagi dengan pelbagai kritikan orang yang dilontarkan padanya. Jikalau celaan dan kritikan manusia tidak benar, ia hanya seperti angin yang berlalu pergi, takkan menyakitkan kita."

Dia kelihatan terkejut. Agaknya tidak pernah menyangka saya akan menjawab dengan begitu lantang. Ahh.. dia belum mengenali saya.

"Habis, maksud awak buat apa saja? Tak perlu takut apa-apa?"
"Bukan, saya masih ada perasaan takut. Tetapi takut saya bukan kepada manusia. Saya takut pada kemurkaan Allah Subhanahu Wa Taala kerana saya hanya seorang hambaNya yang kerdil dan sering lalai. Saya takut jikalau saya tidak dapat menjalankan segala kewajipan saya kepadaNya dengan baik dan sempurna. Saya takut jika Dia tidak mahu memaafkan saya atas dosa-dosa saya terhadap orang lain. Mungkin tanpa disedari saya telah mengumpat, telah berlaku zalim dan menafikan orang lain haknya, atau saya telah memalingkan muka saya daripada mereka yang memerlukan bantuan. Saya takut saya didapati tidak layak untuk ke syurganya kerana telah gagal hidup sebagai hambaNya yang taat pada segala perintahNya di dunia ini."

Dia mengangguk perlahan, "Tapi..maksud saya.."

"Saya faham maksud awak. Perasaan takut pada kritikan dan celaan manusia sudah menjadi satu bentuk kanser dalam masyarakat. Semua tindakan kita banyak yang dilakukan kerana orang tertentu mahukan begitu, kerana nak jaga hati mereka, kerana tak nak diri kita dimusuhi orang. Manusia sekarang lebih takutkan mulut dan kemarahan orang lain daripada kemurkaan Allah swt. Manusia membiarkan manusia lain menentukan arah tuju dan tindakannya seolah-olah orang lain yang berhak memberi kemuliaan atau kehinaan kepada mereka. Misalnya kerana nak jaga seseorang, tak nak sakitkan hatinya, maka kita bertindak begitu dan begini, sedangkan perkara yang dilakukan itu bukan mengikut ajaran Islam yang menyuruh kita untuk sentiasa berlaku adil. Akibat perbuatan yang kurang adil, ada pihak yang telah dianiaya. Ada hukuman Allah yang menanti kita pada bila-bila masa kerana perbuatan kita yang membelakangkan ajaranNya, kalau bukan di dunia ini akan lebih azab lagi di akhirat kelak. Itu awak tak takutkah?"

Matanya merenung jauh ketika saya meninggalkannya.

Surah Ali Imran 3:26
Allah swt telah berfirman,
Katakanlah, 'Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan. Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

8 comments:

  1. salam kak aliya.

    benar sekali. zaman ini, kita memang lebih takutkan cakap2 orang daripada Tuhan. lebih pentingkan penerimaan masyarakat berbanding tuntutan Tuhan.

    *menung*

    bila kita tak mau campuri urusan mereka, dianggap kita sombong dan tak tahu bersosial. *sigh* kadang2 payah ya kak Aliya, walhal bukan kita sombong, cuma tak mau berkongsi dosa.

    ReplyDelete
  2. It is so true,what you wrote.

    Hidup dgn pengharapan approval org lain is a big loss in life. Been there,done that Kak Aliya.

    Now,I believe Allah's approval saja yg penting. Nothing else matter. Alhamdulillah,life had never been this happy.

    ReplyDelete
  3. ermmm...mulut manusia mana bleh tutup?x luak pun kalau diorg mengata kita...go kak aliya go!

    ReplyDelete
  4. subhanAllah... ya selalu kita lupa untuk takut kepada Allah.

    manusia mudah untuk lebih takut kepada manusia seperti lebih ikut kata bos (saya pernah melihat kejadian ini)

    sis.aliya saya ingin link kan blog sis.aliya ke 2nd site ipsiclub..

    terima kasih..
    salaam

    may Allah bless you always...

    ReplyDelete
  5. Sekurang-kurangnya tibalah masa untuk kita takut kepada Allah S.W.t.

    Anak-anak dan manusia sering ditakutkan dengan hantu. Kalau orang Melayu ada toyol, pontianak, hantu raya. Orang Cina pulak ada hantu lompat2. Orang India dengan hantu taring panjang rambut panjang.

    Bilakah kita hendak berhenti takut kepada benda-benda yang tidak pasti ini. Ada juga antara kita yang telah terikut2 sehingga ingatkan pantang larang dan begitu percaya dan taksub kepada benda2 ghaib seperti ini. Sejak bila ada rukun Islam percaya kepada hantu.

    Bagi saya kita hanya perlu percaya dan ikut suruhan Allah S.W.T. InsyaAllah kita akan dilindungiNya.

    Bacalah bismillah sebelum makan, tidur, menutup pintu rumah dsbgnya.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam imm,sarah & anjut
    Jadilah Muslim yang berprinsip, berprinsipkan ajaran Islam yang bersumberkan al-Quran & hadith. Itu juga sahaja wasiat yang ditinggalkan Rasulullah kepada kita.
    Alhamdulillah.. sometimes it takes a challenging event in our lives to realise this fact.
    anjut, orang mengata kita ada 3 bentuk - kata yang benar dan menyakitkan,kata yang benar dan menyenangkan dan kata yang tidak benar dan tidak menyenangkan. Apa sahaja bentuk celaan dan kritikan orang, semuanya menguntungkan jika kita dapat menghadapinya dengan sikap yang mulia sebagai seorang hamba Allah swt.

    ReplyDelete
  7. Salam ipsiclub & ahong,
    ipsiclub, boleh link.InsyaAllah kalau ada kelapangan, saya akan menghadiri satu sesi kelas c.religion. Nanti saya hubungi Ustaz Kamaruddin.
    ahong, takut pada hantu memang wujud sejak awal zaman.Hanya taqwa dan yakin pada kuasaNya yang dapat mengubati perasaan takut tersebut.

    ReplyDelete
  8. Thank you so much for writing this post, ya Kak Aliya. You were in my shoes once and I want to be strong as you. I told my mom about you and my friend as to how your parents were finally able to accept you all.

    But my mom said, "That's them. Not us."

    My mom is so worried about how others think of her. I really want to change her mentality...

    ReplyDelete