Wednesday, February 18

SELAMATKAH GADIS KITA?

Saya bukanlah penggemar siri drama Melayu tetapi satu episod yang saya tonton ketika dalam pantang (selepas bedah) di rumah mertua masih kekal dalam ingatan.
Dalam satu episod drama "Bonda", seorang gadis belasan tahun telah dinodai dalam keadaan tidak sedarkan diri. Gambarnya telah diambil oleh pelajar-pelajar yang berdendam dengannya dan disebarkan melalui MMS kepada pelajar-pelajar lain di sekolah. Gadis tersebut diaibkan dan berada dalam keadaan tertekan. Dia telah mempersoalkan pelbagai perkara termasuk "Mengapa berlaku kepada saya?"
Apakah yang dilakukan oleh ahli keluarganya?
Saya cukup tertarik dengan respon yang diberikan oleh neneknya.
Kata neneknya, kejadian yang menimpa itu merupakan satu ujian Allah swt kepada si cucu. Walaupun ia tidak disenangi, ia tetap satu ujian, untuk menguji iman dan kesabaran seseorang hambaNya. Si cucu masih hamba Allah, tidak bersalah dalam hal itu kerana dia yang menjadi mangsa perbuatan orang lain. Balasan Allah kepada mereka yang telah mengkhianatinya berbentuk segera - kumpulan tersebut telah dihukum buang sekolah. Akhirnya si gadis dapat menerima keadaan dan menjadi seorang yang lebih sabar dan tabah.

Itu drama. Bagaimana dengan realiti?
Kejadian-kejadian yang menimpa anak-anak gadis dewasa ini begitu membimbangkan. Ada yang melarikan diri, ada yang dilarikan, ada yang ditipu, dan tidak kurang juga yang telah diperkosa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Dan kebanyakan kes yang dilaporkan membabitkan anak gadis Melayu. Berbangsa Melayu, beragama Islam.

Sebenarnya kita tidak boleh melepas tangan. Tidak boleh memberi alasan bahawa itu bukan anak kita, bukan adik perempuan kita, juga bukan cucu kita. Memang mereka yang terbabit bukan ahli keluarga kita secara langsung. Namun perlu diingati, mereka juga saudara kita, saudara seagama. Selagi mereka beragama Islam dan menyembah Allah Yang Esa, kita masih bertanggungjawab terhadap mereka. Masih perlu membantu dan menasihati mereka ke jalan benar.

Tahukah anda di mana anak gadis/ adik perempuan/ cucu perempuan anda ketika ini?
Selamatkah mereka?
Selamatkah mereka di dunia dan di akhirat?
Kalau kita sudah membekalkan mereka dengan ilmu akhirat seperti kemahiran mengaji, menunaikan solat dengan sempurna dan mengamalkan cara hidup Islam, bagaimana pula dengan bekalan mereka di dunia ini?
Tahukah mereka apa yang harus dilakukan sekiranya mereka diganggu lelaki?
Tahukah mereka cara-cara untuk melindungi diri mereka daripada bahaya-bahaya ditipu lelaki bukan mahram, diculik, dirompak, dinoda atau dirogol?

Renunglah.
Jangan kita menjadi punca anak-anak gadis kita menjadi mangsa kerakusan orang yang tidak bertanggungjawab dengan menyerahkan tugas mengajar anak-anak gadis kita melindungi diri mereka itu bulat-bulat kepada pihak sekolah. Pendidikan harus bermula dari rumah.
Jangan kita lepaskan anak dan cucu kita ke luar rumah tanpa mengetahui cara-cara melindungi diri daripada bahaya.
Jangan kita lupa untuk mengingatkan selalu anak-anak kita tentang bahaya menerima makanan dan minuman daripada orang yang tidak dikenali, dan menaiki kenderaan orang tanpa ditemani rakan perempuan lain. Pastikan anak-anak kita menghafal nombor telefon kita supaya mereka dapat menghubungi kita dalam keadaan kecemasan. Biarpun mereka menuduh kita berleter, ingatkan selalu. Adakan latihan, lakonan dan kuiz untuk memastikan mereka benar-benar tahu dan faham.
Jangan kita lalai sehingga gadis remaja kita keluar berdua-duaan dengan teman lelaki tanpa pengetahuan kita. Lakukan 'spotcheck' berkala. Telefon pusat tuisyen, rakan sebaya dan pihak sekolah untuk memastikan mereka berada di tempat yang sepatutnya.
Ingatlah. Islam meletakkan tanggungjawab untuk mendidik dan melindungi anak-anak perempuan kepada ibu bapa dan saudara lelaki sehingga mereka bersuami.

Shalinie yang hilang semenjak tahun lalu masih belum dijumpai. Berita gadis remaja Melayu yang dilarikan ke Indonesia semakin bertambah. Di manakah silapnya?
Orang yang kurang pendidikan, pendiam dan kelihatan lemah sering menjadi mangsa.
Oleh yang demikian, lindungilah anak dan gadis kita dengan sebaik mungkin. Bak kata pepatah Melayu, jangan terhantuk baru terngadah.

8 comments:

  1. Salam Kak Aliya.

    Skrg ni sangat bahaya. My niece, she's only 8 yrs old. Kdg2 bila keluar ke hypermarket or kedai dekat dgn rumah, saya jd risau bila dia jauh dari saya. Manusia skrg makin hilang kemanusiaan. Paedophile makin ramai. Kadang2 kesian dia, kalau nak main kat luar rumah pun, kami larang. Kena ada yang meneman, itu pun dalam lingkungan pagar rumah. Luar dari itu, tak boleh.

    Moga kaum keluarga kita semua dilindungi.

    ReplyDelete
  2. This is a good reminder Kak Aliya. Semakin maju sesebuah negara semakin hilang kemanusiaannya. Ini baru zaman sy. Jika sy punya anak? Skrg ni knk2 lelaki ke,perempuan ke,semua dlm keadaan bahaya. I always read aticles on child trafficking in Reader's Digest. And the newest,molested in your own home. Jenayah menggunakan internet pula. Fakta melalui Oprah show dan RD sgt menakutkan. Mampukah Malaysia bersedia utk ancaman ini pula?

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam imm & sarah,
    Benar, keadaan sekarang lebih bahaya daripada dahulu. Persoalannya, bagaimana kita mengajar anak2 kita survival skills? Anak2 dan remaja kita mungkin cerdik dalam akademik tetapi adakah mereka dilengkapi dengan kemahiran di jalanan atau 'street-smart'? Kita tidak dapat berada di samping mereka setiap masa dan melindungi mereka, mahupun menjadi pemandu mereka sedangkan kita sendiri sibuk dengan tugas harian. Patutkah kita membesarkan anak untuk hidup dalam ketakutan dan kerisauan sehingga tidak bebas bermain atau patutkah kita mewujudkan mekanisme didikan supaya mereka lebih berdikari, yakin, bijak memilih yang baik dan menghindari yang buruk, dan tahu melepaskan diri daripada ancaman musuh. Sedih mendengar dan membaca berita satu lagi mangsa di kalangan orang Islam sedangkan perkara itu boleh dihindari, wallahu'alam

    ReplyDelete
  4. Kak Aliya,

    Mau melindungi sepanjang masa, pasti susah. Dulu niece saya cerita, masa di tadika, ada sorg 'pakcik' tiap hari tggu atas motor, suka panggil2 budak2 perempuan datang dekat dia. Nasib baik tadika tu pagarnya bertutup. Risau bila dengar cerita mcm tu.

    Ya, mau melindungi sentiasa, mmg mustahil. Terlalu ramai orang yg tak dpt didikan sempurna, yang jd pemangsa. Selepas kita didik semampunya, bekalkan ilmu cukup2 untuk melindungi diri dia, selebihnya Imm rasa kita hanya mampu berserah pada Allah swt, mohon Dia lindungi keluarga kita sentiasa.

    ReplyDelete
  5. Salams...

    Timely reminder, Cikgu. I have 2 daughters and another is on the way. Wished for a boy so that he could maybe look up for his sisters but we planned and He planned.

    Anyways, as modern parents we will always strive to equip our children with sufficient knowledge and abilities which we hope one day be of some good when they finally come out of their sheltered cocoon. But how do you measure sufficient? I totally agree with your saying that apart from the ilmu akhirat, we must also equip our daughters and even sons with the correct attitude towards the opposite sex, if possible a martial art skill or two and the most important lesson of all, common sense.

    Unfortunately, our government's not tackling the issue correctly. It's either not seeing the importance or urgency of the matter or it's approach on things are too backdated and almighty slow. In cases of child abuse, time if of the essence. It's a matter of life and death. And in cases involving teenagers and young adults, lives and future could be destroyed just because of the lackadaisical attitude of them authorities. Here is where the minister for women and children should put her foot down and insist on better laws and enforcements instead of bitching like whores and sucking up to their male counterparts. And unfortunately, kesopanan Melayu is oh so skin deep. Peel that and most are perverted maniacs. How else do you explain all those Malay 'files' being shared on the net and mobiles?

    We can do so much but at the end of the day it's all His Will. And it's a bleeding jungle out there.

    Stay safe y'all.

    p/s do try to read this fine writing by Abdullah Jones, though just a comedic sketch, gives an insight to the life of Malays in the suburbs.

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Agree with the note says academic success doesn't really teach the hard truth called reality. Love the new entry too. It's another pain-but-facts about our society...

    ReplyDelete
  7. Kak,
    Kehidupan kini memang menakutkan. Berjalan dari tempat kerja ke tadika anak-anak saudara yang sejauh 100 m pun tidak selamat. Orang yang jahat datang dalam pelbagai rupa hinggakan kita terpaksa menaruh sangsi kepada siapa saja yang baru dikenali. Kalau dulu kakchik hanya berhati-hati dengan lelaki asing kini terpaksa juga berhati-hati dengan perempuan asing walhal mereka adalah Islam dan rasanya orang Melayu. Kejadian perjalanan bibik bersama anak-anak saudara balik dari tadika dihalang oleh pasangan bermotorsikal kononnya mereka kenal kakchik, menyebabkan kami menukar tadika anak-anak saudara kerana bibik dan mereka telah trauma.
    Dunia hari ni entah kenapa jadi begini? Agaknya sebab agama semakin dipermain-mainkan.

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam
    imm, tarings, sarah & kakchik,
    Semalam kami telah mengadakan sesi ceramah pencegahan jenayah kepada pelajar. Katanya punca-punca utama berlakunya jenayah adalah Niat, Upaya dan Peluang. InsyaAllah nanti saya huraikan.

    ReplyDelete