Saturday, February 7

MERENTAS DESA

"Cepat, cepat lari!"
Saya menunggu di tempat penamat. Panas betul cuaca pagi ini tetapi program tetap diteruskan. Pelajar-pelajar yang datang dilepaskan berlari dengan diawasi guru-guru yang bertugas.

Alhamdulillah semua yang mengambil bahagian berjaya menamatkan perlumbaan dengan selamat. Tiada kes mereka pengsan atau kejang otot pada kali ini.

Saya tabik mereka yang hadir pada pagi ini. Bukan mudah untuk mendapatkan penglibatan pelajar pada hari Sabtu kecuali mereka yang benar-benar berdedikasi dan mahu menyumbang kepada kejayaan Rumah Sukan masing-masing. Sekurang-kurangnya mereka yang hadir pada hari ini pulang dengan pengalaman dan kenangan yang tidak mungkin dialami oleh mereka yang ponteng.

Dalam perkara seperti acara merentas desa, keikhlasan dan kesungguhan seseorang untuk melibatkan diri amat penting. Sekiranya kita hanya mementingkan diri dan memilih untuk berpeluk tubuh, sudah tentu banyak kerja yang terbengkalai. Kita boleh memilih untuk tidak hadir tetapi apakah kesan jangka panjang? Tambahan lagi sebagai orang Islam,kesungguhan kita bekerja adalah juga satu ibadah. Saya sungguh bersyukur kerana mempunyai pasukan kerja yang peramah dan berdedikasi. Seronok bekerja dalam keadaan yang mesra dan harmoni.

Itu satu rahmat daripadaNya.

Dengan bancuhan air madu untuk kesihatan suara, dan losyen disapu atas muka yang agak sunburnt, saya bersyukur kerana kesihatan saya yang agak baik membolehkan saya menjalankan segala tugas dengan memuaskan. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

4 comments:

  1. Assalamualaikum

    remember when i was at school. i'm quite notorious back then. you see kak Aliya my school is very near to telok cempedak beach. my friend and i never have any particular sport houses. we ourselves decided to join which one we desired. every time there was sport activities we literally disappeared. its heart warming to remember those days. i'm the kind that brings teacher a headache.

    Wasalam

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam,
    Yes, I can imagine, and I'm especially fond of these rascals :)because they make teaching interesting and challenging. I've a classful of them this year,all taller and bigger than I am, hahahaa.. But you turn out well, don't you? Perhaps some time during your schooldays, a teacher has prayed for your well being?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    kak Aliya, you can imagine of me being rascal? whoaaa.... maybe its true after all. i'm kind of sneaky, went to school at 8 or9 am and dissappeared at 10 or 11 pm. maybe you can called me 'sai tau lan'. sneaky azlan.

    AlhamdulilLah, i'm turn out well. you're again right perhaps some time during those days a teacher has prayed for my well being.

    i don't know how we reacting to each other if i'm one of your students. funny isn't it? there were some of my teachers still unable to recognized my after half a year back then.

    Wasalam

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam azlan,
    Yes, I do have more experience dealing with 'naughty' young men because I've one in my family.. my brother.. I was the good girl in school while he was the nightmare for teachers and lecturers, hahaha

    ReplyDelete