Sunday, February 22

MAK & ISLAM

My mother is always friendly with Muslim Malays but when she found that her only daughter(me!) reverted to Islam, she freaked out. I was barred from home, and was told not to wear the hijab when I meet her. I respected her views, quietly explained the reason for covering my aurat and continued to contact her on the phone for a year. Alhamdulillah she softened her stance. Today she not only didn't mention about my hijab, she would casually introduce me as her daughter to her friends who'd raise their eyebrows when they realise that I'm a Muslim, hehehe. My reversion to Islam has not only changed me but my mother and brother's own perception towards Islam and their understanding of this religion's teachings.

"Hey, tak kenal saya lagikah. U masih kelihatan mudalah, tak tua langsung," tiba-tiba Mak menegur seorang lelaki Melayu yang berjalan di hadapan kami.
Lelaki itu menoleh dan tersenyum sipu.
"Lama tak jumpa. Apa khabar? Buat apa di sini?"
"Teman anak saya ambil medical report," terang Mak.
Lelaki tersebut memandang saya yang bertudung di sebelah Mak dengan sedikit terkejut. Apabila dia berlalu pergi, saya bertanya kepada Mak.
"Oh, dia tu staf di sini. Dah lanjut usia, about 60 tetapi awet muda. Rambut hitam dan tegap, entah apa dia makan," kata Mak.

Alhamdulillah sekarang Mak dah dapat menerima diri saya sebagai anaknya yang beragama Islam. Dia tidak malu lagi kelihatan dengan saya yang menutup aurat. Malah dia tidak lagi menimbulkan isu saya bertudung dan menutup aurat. Keluar dengan Mak seperti keluar dengan selebriti. Ada sahaja kawan dan kenalan Mak, juga bekas pesakit Mak (Mak dulu jururawat) yang akan menegur atau ditegurnya. Mak akan mengenalkan saya sebagai anaknya. Yang melucukan mereka akan kelihatan terkejut tetapi tiada seorang pun yang berani bertanya tentang keislaman saya kepada Mak.

Saya benar-benar bersyukur dengan sikap terbuka Mak pada hari ini. Kalau dibandingkan dengan reaksi Mak yng begitu reaktif ketika saya mula-mula memeluk Islam, alhamdulillah dia sudah banyak berubah.
"Mana nak makan? Rekomenlah kedai yang sesuai," kami mencari tempat makan.
Mak tidak perlu diberitahu bahawa saya maksudkan kedai yang menjual makanan halal. Dia sendiri akan mencadangkan kedai makanan Melayu yang sesuai dengan selera kami. Dan dia kelihatan selesa makan di situ bersama-sama saya. Kadang-kadang dibungkusnya balik lauk dan sambal belacan, hehehe.

Kalau balik ke rumah Mak akan pastikan anjing kami tidak mendekati saya.
"Bukan takut, tapi saya nak elakkan membasuh pakaian saya dengan air tanah," saya menerangkan.
Anjing pula seolah-olah tahu bahawa saya sudah Islam, lalu tidak mendekati saya seperti dahulu. Sebelum saya memeluk Islam, apabila pulang ke rumah, ia akan menerkam saya dan mengesel-gesel ekornya pada kaki saya. Sekarang ia akan terus duduk di muka pintu dengan diam apabila saya pulang ke rumah. Hmm, anjing pun tahu membezakan orang Islam dengan bukan Islam?

"Bersanding itu salah dari segi Islam," saya terangkan apabila menyebut tentang perkahwinan anak kawannya.
"Yakah? Bukankah dari dulu lagi bersanding itu budaya Melayu?"
"Bukan Melayu, tetapi asalnya budaya orang India. Islam tak benarkan bersanding kerana banyak amalan semasa bersanding itu salah dari segi ajaran Islam. Menepung tawar, memperlihatkan kecantikan pengantin perempuan kepada bukan ahli keluarga itu semua adat India, tak boleh dalam Islam."
"Tetapi orang Melayu ada yang masih buat?"
"Itu sebab mereka belum tahu, dan ada yang ikut sangat adat lama. Tetapi semua ustaz kata bersanding itu haram sebenarnya, tak boleh buat. Ramai orang Melayu tetapi bukan semua yang ikut 100% ajaran Islam yang ada dalam al-Quran."
"Oh, begitu," Mak kelihatan berfikir.

"Ada seorang pekerja perempuan Melayu yang suka mendekati adik awak. Kadang-kadang diraba-rabanya tangan adik awak tu," Mak mengadu kepada saya.
"Yakah? Mengapa?"
"Nak bodek adik awak la tu. Kononya berkawan. Tetapi adik awak tu tepis tangannya dengan marah. Pekerja-pekerja Melayu lain tegur adik awak kerana bertindak kasar pada perempuan tu."
Saya tersenyum. Agaknya Mak risau Adik akan terpikat dengan wanita Melayu.
"Mak, wanita Islam yang baik tidak akan berbuat seperti yang dilakukan perempuan tu. Mendekati lelaki asing dan meraba-raba tangannya. Jangan risau, Adik lakukan perkara yang betul. Secara tak langsung, Adik dah halang perempuan tu daripada terus membuat dosa," saya terangkan.
"Itulah, saya pun pesan adik awak supaya jangan keluar seorang diri dengan perempuan tu, tetapi dengar kata perempuan tu asyik mengajak."
"Bagitau adik, apa yang dilakukan perempuan Melayu tu salah dari segi agama. Islam mengharamkan wanita keluar berdua-duaan dengan lelaki bukan ahli keluarganya. Kalau dia ajak, pastikan adik pergi dengan bertemankan lelaki lain supaya tak timbul fitnah. Suruh adik jauhi perempuan Melayu seperti itu."
Mak mengangguk.
Hmm, entah bila saya tiba-tiba menjadi konsultant Mak berkenaan tingkah laku orang Melayu?

Saya tidak berceramah kepada Mak dan adik tentang ajaran Islam. Saya banyak memberi penerangan tentang ajaran Islam yang sebenar (yang kadang-kadang agak berlainan dengan tingkahlaku orang Melayu) kepada mereka secara tidak langsung, supaya mereka lebih mudah menerima dan faham. Bagi saya sekarang, perubahan persepsi mereka dan penerimaan diri saya sebagai ahli keluarga yang beragama Islamn dan mengamalkan cara hidup Islam sudah merupakan satu kemenangan. InsyaAllah semoga hati mereka terus terbuka kepada Islam. Kalau Mak dan Adik tahu bahawa saya sudah melakukan kerja dakwah dan memblogging, entah apa pendapat mereka, hahahaa..

15 comments:

  1. Bagus sungguh akak ni. KakChik suka sangat cara kak aliya menerangkan Islam kepada mak dan adik lelaki. Apa yang kak Aliya lakukan tu memang betul sekali dan KakChik sangat-sangat setuju.

    ReplyDelete
  2. huhu..just can't imagine it...

    ReplyDelete
  3. Can't imagine what, anjut?
    KakChik, kata Ustaz Mohd Fitri yang turut memberi ceramah semalam, berdakwah haruslah disampaikan dengan cara yang berhikmah. Saya hanya melakukan apa yang saya mampu, selebihnya berserah kapada Allah swt untuk membuka pintu hati mereka kepada Islam.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Sister, my family juga ada membela anjing. Sebenarnya tidak perlu untuk membasuh dengan tanahpun jika anjing itu dekat dengan kita sebab tiada satu hadis pun yang memberikan idea atau suruhan untuk berbuat begitu.

    Sebanyak yang saya tahu, hadis yang paling hampir hanya menyuruh sekiranya mahu menggunakan bijana (bekas makanan) anjing, maka basuhlah dengan air 7 kali. Perkataan samak pula hanyalah untuk kulit tetapi bukan kulit manusia tetapi kulit haiwan.

    I think the best rujukan that i can find is this.

    http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Risalah4/Himpunan%20Risalah%204%20Topik%204.htm
    http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/03/086-meninjau-semula-hukum-kenajisan.html

    Kalau mahu diqiaskan dengan anjing dan bijana serta kulit. Maka contohnya jika termakan maka perlukah kita menelan tanah untuk membersihkan tekak, usus mahupun perut kita? (ada kes ulamak termasak sosej daging babi ari tu) Jika benar perlu disamak maka anjing yang digunakan untuk tujuan berburu, apabila menggigit ayam contohnya yang diburu, maka perlukah dibasuhkan dengan tanah sebelum disembelih? Jika benar perlu disamak maka perlukan disamak jika anjing yang dibela untuk menjaga kebun melalui atau terkena sayuran yang ditanam sebelum dijual dipasar?
    Jika perlu maka basuhlah semua sayuran dan buah-buahan yang dibeli dari pasar sebab takut terkena anjing.

    Saya tahu banyak yang akan terganggu dan berasa apa yang saya katakan ini bercanggah. Jika benar kena basuhkan dengan tanah, berikanlah bukti. :) Berikan dalil dan saya pasti akan mengikut.

    So bila saya balik, saya tidak takut dengan anjing di rumah. Just cuci sahaja dengan air dan sabun.

    Jangan kita berani memberikan hukum kepada sesuatu yang sebenarnya tidak diwajibkan dalam agama kita.

    I am fobia of all the things we can, cannot, must and musnt do in religion. The more I learn, the less complicated Islam is.
    (When I chat with other muslims from other religion they say no need such thing)

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Aliya...

    Saya bangga dengan Akak..semoga Akak dan keluarga sentiasa berada dibawah limpah rahmat Allah swt..Amin..:-)

    Salam Akak...

    ReplyDelete
  6. Masih teringat dikala Aliya tepaksa tinggal kat arama masa semester break. Hmmm..nampaknya mak ngan adik Aliya dah menerima dengan baik Aliya sebagai seorang muslim. Bukan sahaja mak ngan adik Aliya, nampaknya anjing kat rumah Aliya pun paham! hehehehe...Anyway, when are we going to see you book? Huh....

    ReplyDelete
  7. w'salaam sis.aliya...

    now, there are 2 comparative religion classes...

    1st on tuesday 8.15pm for the intermediate level...

    for basic level every wednesday 8.15pm...

    the classes would finish around 10 something pm... and both take place @ Dewan Muzakarah, Pusat Islam USM...

    you can join the basic class. for sure you'll get a lot of benefits for your da'wah inshaAllah...

    this is bro.kamarudin's email
    ipsi7@streamyx.com

    may Allah bless you always...

    salaam =)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum

    its your Jihad kak Aliya. your method in Da'wah is right. may one day Allah gives His Hidayah to whole of your family. Amin.

    Wasalam.

    ReplyDelete
  9. Salam Syari,

    Just to comment on what you said about "reverting" to Islam. From what I learnt in my classes in Perkim, there was one and only religion in the world at the beginning of time, which is Islam. As civilization evolved and as time goes by, other religions sprouted and people tend to follow others, including our parents (non-muslim parents).

    When we were born, we just follow what our parents/family do or believe. For those who discover Islam along the way and given the hidayah, they would want to "revert" back to the original religion which is Islam.

    Thus "revert" here means going back to the one and original religion, not being a muslim and then become a non-muslim and then back to muslim.

    Hope I made sense here, this is what I've learnt and I believe in it. Someone please correct me if I'm wrong.

    Wasalam.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Semoga puan dapat terus berdakwah dengan keluarga.

    REDZUAN

    ReplyDelete
  11. Hello Syari,

    Just for your information on the word 'reverted' and 'converted'.

    All human being are born with the fitrah of full submission to Allah S.W.T. (babies)Can't remember which ayat.
    We later become of what our parent raise us. For example my father and mother is a Buddhist. So I became a Buddhist also.

    However, when I learned about Islam, I reverted back to Islam because when I was a baby, I am a muslim.

    ReplyDelete
  12. To Malacca princess and ahong, thanks for the clarification. :)

    ReplyDelete
  13. Yes, thanks ahong and princess. Convert means change from one form to another eg from being a Buddhist to a Christian. Revert means returning to its original form. As the al-quran teaches us that we're born Muslims (all the organs in our body are Muslims - that bow in submission to Allah swt)we merely return to our original religion by choosing Islam as our way of life. Anyone can be a Muslim revert but dare others claim being Christian/Buddhist/Hindu revert?

    ReplyDelete
  14. salam ziarah.

    tergelak kecil juga saya membacanya.teruskan berdakwah melalui medan dan peluang yang ada.benar,islam bukan melayu,tapi melayu seringkali disinonimkan dengan islam.Bukankah menjadi bahan tempelak,jika melayu juga mengores luka pada yang islam?

    Jazakallah,pada penerangan bersanding.Tahun hadapan,saya akan mempelajari bahasa mandarin.Moga terbuka lagi sebuah medan dakwah buat diri.InsyaAllah.

    ReplyDelete
  15. Subhanallah kak Aliya. You're so faithful to Allah unlike me. Huhu... How old were you at that time, kak Aliya? Did your mom chase you out? Where did you leave? How did you support yourself? Sorry for asking. But I need to know so that I can seek answers to my own problem as well... Huhu...

    Syukran kak Aliya...

    ReplyDelete