Sunday, February 8

BAHASA

Satu ketika semasa saya di sekolah menengah:
"Tolong ambil keow," Nenek memanggil saya ketika kami di dapur.
"Huh? Keow? " saya ternganga.
Muka blank saya sudah cukup untuk menerangkan bahawa saya tidak memahami maksud istilah yang Nenek gunakan. Muka Nenek berkerut seribu.
"Halia! Halia!" katanya dalam Bahasa Melayu selepas beberapa saat.
"Oh... halia," saya segera mendapatkan bahan yang dimintanya.
Mujurlah nenek boleh berbahasa Melayu dan sedikit Bahasa Inggeris kerana berpengalaman sebagai tukang masak kepada orang Inggeris. Kalau tidak lebih teruk lagi saya dimarahinya, hehehe.

Saya merupakan pelajar sekolah aliran Inggeris (Convent), walaupun bahasa pengantar sekolah secara rasminya merupakan Bahasa Malaysia. Kami berkomunikasi dengan guru-guru dalam Bahasa Inggeris kecuali guru berbangsa Melayu. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya penggunaan Bahasa Inggeris kami lebih baik berbanding bahasa ibunda sendiri. Dalam kalangan kawan-kawan Cina pun, saya lebih kerap berkomunikasi dalam bahasa Inggeris ada yang tidak memahami Hokkien.

Sebaik sahaja masuk ke Darjah 1 di sekolah, saya diperkenalkan dengan istilah barang-barang dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, sekali dengan ilustrasi, maka tidak menghairankan jikalau saya lebih mengenali halia sebagai 'halia' dalam Bahasa Melayu atau ginger dalam Bahasa Inggeris berbanding dengan istilah keow dalam bahasa ibunda saya, Hokkien. Pernah sekali saya disuruh ke kedai mendapatkan cheow-cheng tetapi oleh kerana saya tidak faham apa yang dikehendaki Nenek, saya terkial-kial di depan kedai runcit dan cuba mengingat kembali apa sebenarnya cheow-cheng itu. Akhirnya saya terpaksa berjalan lebih jauh ke kedai runcit yang ada pekerja berbahasa Hokkien semata-mata kerana mahu meminta bahan itu tanpa perlunya terjemahan, huhuhu. Susah juga apabila saya belajar nama-nama bahan tersebut dalam bahasa lain tetapi saya tidak dapat mempraktikkan dalam kehidupan seharian yang memerlukan saya mengetahui nama-nama bahan dalam bahasa Hokkien.

Mak dan Nenek tidak pernah mengajar saya nama-nama bahan keperluan di dapur dalam bahasa Cina. Saya dianggap boleh memahami segala istilah yang digunakan secara tidak langsung. Masalahnya saya sendiri jarang berpeluang ke dapur kecuali pada cuti hujung minggu kerana aktif dalam kegiatan sekolah dan kelas tuisyen. Di sekolah pula saya belajar semuanya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian komunikasi saya dan Nenek seperti ayam dengan itik apabila bekerja di dapur. Saya akan tercari-cari sedangkan barang yang diperlukan di depan mata. Nenek tidak pernah mengajar saya nama-nama benda yang digunakan di dapurnya satu persatu. Saya dianggap patut tahu kerana saya berbangsa Cina berketurunan Hokkien-Kantonis.

Dahulu membeli-belah ke pasar, saya terpaksa menggunakan bahasa 'tunjuk dengan jari' atau 'ambil dengan tangan' kerana selalu lupa istilah dalam bahasa Cina. Membeli ikan di pasar merupakan pengalaman yang digeruni kerana kerap terlupa istilah nama ikan dalam bahasa Hokkien (di sekolah belajar dalam Bahasa Melayu, di pasar terpaksa guna bahasa lain). Akibatnya saya sering membeli daripada penjual ikan berbangsa Melayu kerana lebih mudah berkomunikasi, di samping boleh mendapat diskaun (dia bapa pelajar saya, hehehe). Begitu juga di kedai sinseh; sudah banyak kali saya sendiri tersilap meminta bahan herba kering daripada pekedai sehingga saya terpaksa membeli bahan yang tidak diingini kerana malu untuk mengembalikannya. Akibatnya sekarang setiap kali hendak membeli herba yang dijual di kedai sinseh, saya perlu menulis nama bahan-bahan tersebut lebih awal supaya saya tidak tersilap memesan.

Kini:
Saya masih ingat-ingat lupa nama-nama bahan dalam bahasa Hokkien kerana hanya menggunakannya pada masa-masa tertentu. Mujurlah sekarang saya tinggal di utara Semenanjung. Sekiranya saya di Perak atau di Kuala Lumpur, saya perlu berbahasa Kantonis pula untuk berkomukasi dengan orang Cina di situ kerana ramai daripada orang Cina di situ tidak memahami loghat Hokkien. Syukur sekarang lebih mudah untuk saya membeli belah di pasar dan di kedai, kerana saya akan menuju ke kedai Melayu.

Pengalaman mengajar pelajar sekolah Cina pula mendedahkan saya kepada satu fenomena baru. Ramai dalam kalangan mereka tidak lagi boleh berbahasa ibunda (Hokkien/Fujian, Kantonis, Hakka atau Teowchiew) kerana dari kecil diajar berbahasa Mandarin iaitu bahasa pengantar di sekolah Cina. Akibatnya mereka kehilangan satu bentuk kebudayaan kerana tidak lagi mempunyai identiti Cina iaitu kebolehan berbahasa loghat Cina. Keadaan ini secara tidak langsung telah mewujudkan satu jurang perbezaan di antara orang muda dan orang tua berketurunan Cina kerana orang muda tidak lagi boleh berkomunikasi dengan ahli keluarga yang lebih tua kerana tidak boleh berbahasa ibunda. Orang tua pula terpaksa belajar bahasa Mandarin untuk berkomunikasi dengan cucu-cicit mereka. Mungkinkah keadaan serupa bakal melanda pelajar beketurunan Melayu kelak?

Pengalaman lampau mengajar saya untuk lebih bersabar dengan kerenah pelajar yang kurang memahami bahasa kedua atau ketiga. Kita tidak boleh menganggap mereka serba tahu tentang sesuatu perkara yang asas. Oleh yang demikian, saya memilih untuk memulakan pengajaran seolah-olah pelajar tidak tahu langsung atau tidak pernah didedahkan kepada perkara baru. Ini akan memastikan mereka benar-benar memahami dan mengikuti isi pembelajaran dengan baik, insyaAllah.

(nota: Syukur alhamdulillah, sekarang berbahasa Hokkien tidak lagi menjadi masalah dengan terbitnya sebuah buku berbahasa Inggeris bertajuk 'Penang Hokkien Dialect', dengan sebutan Hokkien ditulis dalam rumi, dan boleh didapati di kedai buku.Sesuai untuk peniaga di utara Malaysia dan sesiapa yang ingin belajar loghat Hokkien Penang. Loghat Hokkien Johor dan Singapura lebih 'tebal' dan lebih mencabar untuk orang Melayu)

5 comments:

  1. salam! kalau dibandingkan saya lebih teruk Aliya .. saya dibesar dari kecik dlm keluarga melayu .. bila sekarang dah berjumpa ibu bapa kandung saya yg cina .. menangis saya dibuatnya sebab sukar sangat nak express diri .. mereka cuma faham hokkien/mandarin (bahasa melayu mereka sangat limited kerana tinggal diSpore) ... saya pulak cuma faham bahasa melayu/inggeris sahaja. tapi alhamdulillah adik beradik yang lain (cina) boleh berbahasa inggeris .. diorang lah yg menjadi translator untuk kami setiap kali bersama.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam memBesar,
    Syukur dan tahniah kerana bertemu semula dengan keluarga kandung. Bersabarlah, memang susah untuk menyuarakan hasrat hati apabila tidak mampu berkomunikasi secara langsung dalam bahasa yang sama dengan orang tersayang. Mungkin buku yang saya cadangkan itu dapat membantu? Saya juga membeli sebuah untuk suami saya yang sedang belajar berbahasa Hokkien.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    same case here. my mum is cantonese. me and my younger brother still understand little cantonese and spoke very little cantonese. but my youngest sister can't. she only knows mandarin, learn from school.

    my mum speak english and malay with my indian dad at home. we can't speak indian at all. i don't know which indian dialect my father belong.

    my chinese grandpa and grandma from canton. i still remember those malays called us back then 'cina kantong'.

    i don't know about you, but for me cantonese is beautiful language. love its plain and simplicity. unlike mandarin. its sound qiute laid back and nicer too.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam azlan,
    Multi-racial marriages do pose a problem when it comes to languages spoken, hehehe.. hope my own children will grow up multi-lingual.I grow up speaking Hokkien as it's the lingua-franca among the town's Chinese community but I do speak some Cantonese, though not very fluent.After all Cantonese is my father-tongue and Hokkien is my mother-tongue, hehehe..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Its good to know that there are still many people who can speak Hokkien (basically Chinese from Kedah and Penang should be able to speak). I also grew up in a Hokkien spoken family. Cant really speak mandarin or cantonese very well but I can speak Hai Lam very very well. :)

    I will be getting married soon to a Malay insyaAllah. I hope I can teach her some Hokkien soon. Living in KL and PJ area for some time. I find some of the Chinese community here can speak the 'Lau Hokkien'(old Hokkien). Its about the same but sounds more like Teo Chew.

    Sis Aliya used to school at Sek Convent in SP? :D

    I just hope my future children can speak multi language or at the very least can understand em. InsyaAllah.

    ReplyDelete