Wednesday, January 14

BAKUL

"Aliya, nak jemur kainkah?" saya ditegur guru lain apabila saya tergesa-gesa keluar dari bilik guru.
"Oh, bakul ni? Isi buku jer," saya tersenyum.
Rupa-rupanya, bakul 'laundry basket' yang saya gunakan itu menjadi perhatian.
"Kenapa bawa bakul?" tanya guru lain.
"Mudah nak bawa buku dan bahan lain, lagipun kelas-kelas saya jauh di blok lain. Jalan pun sudah 10 minit baru sampai, kalau nak tunggu pelajar ambil buku, susah kita nak uruskan pengajaran."
Sebenarnya ini bukan bakul buku saya yang pertama.
Ini bakul yang ketiga semenjak tahun 1998.
Saya mulakan dengan bakul 'pasar' yang kecil pada tahun 1998, kemudian beralih kepada bakul 'laundry' yang besar pada tahun 2000.
Namun setiap kali saya gunakan di sekolah baru, semua akan menegur.
Bukan saya nak tunjuk rajin, tetapi bakul itu satu keperluan bagi saya. Mustahil bagi saya untuk meminta pelajar berjalan 2 blok bangunan turun naik tangga untuk mengambil buku mereka di atas meja saya. Membuang masa. Akhirnya saya juga yang terpaksa kembali ke bilik guru mendapatkan mereka. Lebih baik saya uruskan sendiri.
Penat memang penat mengangkat bakul 'laundry' yang penuh dengan buku latihan, buku kerja mahupun bahan pengajaran. Apakan daya. Bilik darjah tiada telefon atau sistem perhubungan yang membolehkan saya memanggil pelajar ke bilik guru dengan segera. Bukan seperti pejabat-pejabat kerajaan yang lain.
Sekarang pelajar (terutama yang mahu mencuri tulang) pula berebut untuk mengangkat bakul saya itu, hahahaa...
(Jikalau semua kelas saya di tingkat yang sama, saya mahu membawa troli tetapi susah, ada di tingkat 1, ada pula di tingkat 3 bangunan.

9 comments:

  1. teringat pula kepada seorang guru yang suka bawa bakul rotan yang besar buat mengisi buku-buku latihan kami masa di sek/matrik dulu.

    guru yang berdedikasi la kak aliya ni.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    humm......... remind me of..... my mom. she teacher too, and chinese too :-p

    wasalam

    ReplyDelete
  3. Subhanallah kak Aliya. You're such a dedicated teacher. May Allah bless you always. =D

    ReplyDelete
  4. I'm impressed Masya-Allah. May Allah reward you with all good things in life. Amin.

    My mom and sister are teachers too!

    ReplyDelete
  5. bakul mmg praktikal kak aliya. =) nani pun apply benda ni dlm kerja nani. hoho. btw, kak aliya..do you read alaf21 stuff? i'd just bashed two titles on my blog and what a fantastic set of feedback i got. *^^* could like to hear another english teacher's views on the stuff teenagers today are reading..will really appreciate yours. hehe.

    ReplyDelete
  6. Aliya, why not beli bakul beroda? Mcm2 jenis ada...yg besi, yg canvas, yg plastik... I'm sure it'll make things a lot easier. Kebanyakan bakul beroda ni boleh dilipat2 for easy storage :-)

    Tapi saya tak jamin murid2 takkan usik...macam nak pergi pasar! *lol*

    ReplyDelete
  7. Bukan nak angkat bakul sendiri (LOL) tetapi nak nyatakan bahawa ramai orang yang melihat sesuatu hanya dari satu sudut. Apa kegunaan bakul? Sekiranya seseorang melakukan sesuatu kelainan,apa reaksi orang lain? Sokong, galak atau ...?
    Madam Markonah, insyaAllah kalau saya jumpa bakul roda di kedai, saya akan beli, hehehee. Asalkan saya mengajar, pelajar belajar, kerja menjadi mudah dan berkesan, saya akan mencuba benda baru :)

    ReplyDelete
  8. a'ah.bakul beroda.dia macam strolley bag dalam flight tu.bila nak naik stairs,boleh simpan dia punya handle.bila berjalan,kita tarik je lah..senang. :)

    ReplyDelete