Saturday, December 6

PUASA HARI ARAFAH

"Jom puasa Hari Arafah esok."
Aliya tidak tahu tentang puasa Hari Arafah sebelum memeluk Islam. Yang saya tahu hanya wajib berpuasa pada bulan Ramadhan. Namun alhamdulillah berkat nasihat dan ajakan rakan-rakan dalam dunia siber, saya belajar berpuasa sunat.

Hari ini memang berniat untuk menghadiri Wacana Ilmu di Masjid Jamek Seberang Jaya. Niat nampaknya tinggal niat sahaja, huhuhu. Saya masih belum sihat sepenuhnya untuk memandu sendirian selama 40 minit ke situ. Suami pula kurang sihat. Berehat sahajalah di rumah mertua ni.

Perancangan teliti perlu dibuat untuk berpuasa sunat esok. Kalau di rumah sendiri senang, kerana saya boleh menyediakan makanan mengikut selera. Saya tahu saya masih belum sihat sepenuhnya tetapi insyaAllah saya yakin dapat berpuasa sehingga waktu berbuka. Lama tidak berpuasa sunat.

Mari kita berpuasa sunat Hari Arafah esok... banyak pahalanya.

Puasa hari Arafah (9 Dzulhijjah) disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Diriwayat oleh Muslim)

Nota: Malam ini ketika saya berbincang dengan mertua tentang niat untuk berpuasa hari Arafah, ada ipar yang menyatakan bahawa ada ustaz yang memberitahu perlu berpuasa sehari sebelum hari Arafah juga. Saya terkejut kerana belum pernah mendengar hujah tersebut. Alhamdulillah setelah menyemak segala maklumat yang ada, rupa-rupanya berpuasa sehari sebelum hari Arafah hanya sunat, sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan hari ke 8 Zulhijjah merupakan hari ke 9 Zulhijjah.

Saya juga diberitahu tentang perlunya berpuasa juga sehari sebelum hari Arafah jika 9 Zulhijjah itu jatuh pada hari Sabtu. Perkara ini kerana Rasulullah melarang berpuasa sehari tunggal pada hari Sabtu.

3 comments:

  1. Salam.

    Saya ada baca (tak ingat di mana, mungkin buku agama) yang tujuan disuruh berpuasa 2 hari adalah untuk mengelakkan persamaan dgn org Yahudi yg juga berpuasa pada hari tersebut. Nanti saya rujuk balik buku2 yang ada...tak ingat yg mana satu :-)

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Madam Markonah,
    Kalau tak silap saya, kewajipan melakukan puasa sunat 2 hari berturut-turut adalah untuk puasa Hari Asyura, yang turut dilakukan oleh orang Yahudi. Dari pembacaan saya, hnaya sunat melakukan puasa 1 hari sebelum Hari Arafah. Alhamdulillah selesai sudah berpuasa Hari Arafah bagi tahun ini, semoga diterimaNya.

    ReplyDelete
  3. Oh ya tak ya, hari asyura... my mistake! :-) Thanks.

    ReplyDelete