Tuesday, November 11

PELUK ISLAM BUKAN UNTUK MENDAPAT hak istimewa

"Puan, saya masih Cina, bukan Melayu."
Saya menunjukkan buku rekod pesakit hospital kepada kerani bertugas.
"Tolong betulkan maklumat ini. Saya Cina beragama Islam, bukan Melayu sepertimana yang ditulis oleh rakan puan tempoh hari. Doktor minta betulkan kerana saya akan menjalani pembedahan tidak lama lagi. Kalau berlaku apa-apa pada saya, susah nanti jikalau nama penuh dan bangsa tidak sama dengan yang ada dalam Kad Pengenalan."
"Maaf, saya akan betulkan," kata kerani itu.

Masih ramai orang kita yang menganggap orang memeluk Islam automatik menjadi orang Melayu. Tidak ada perkara seperti itu, kerana dalam Kad Pengenalan pun, masih tertulis bangsa sendiri, bukannya Melayu. Mungkin mudah untuk orang 50-an dan 60-an untuk menukar bangsa kepada Melayu jikalau memeluk Islam, tetapi keadaan sudah berubah. Tidak ramai yang mahu menjadi Melayu, lainlah kalau orang itu memeluk Islam dengan niat lain. Itu kalau masih ada prosedur itu, bukan mudah untuk melaluinya sekarang.

Masih ramai orang kita yang memandang serong orang yang memeluk Islam mempunyai agenda tertentu. Malah ada yang terus menuduh golongan mualaf sebagai ingin mendapatkan hak bumiputera. Kononnya lebih mudah mendapat pelbagai kemudahan yang dikhaskan untuk orang Melayu bumiputera! Kononnya nak dapat rumah kos rendah! Kononnya nak mudha beli saham yang dikhaskan untuk bumiputera!

"2/3 daripada 'red tape' bukanlah untuk menyusahkan mualaf tetapi untuk mengelakkan orang masuk Islam semata-mata untuk mendapatkan pelbagai manfaat Bumiputera serta mengelakkan pelbagai masalah di negara kita yang ada pelbagai agama selain Islam, di samping mengelakkan kebaikan serta hati murni umat Islam lain diperalatkan oleh sesetengah mualaf untuk mengutip derma simpati. Bukannya saya tak pernah terkena dengan 'con artist' yang kononnya baru masuk Islam dan mengutip derma dari orang ramai di tempat awam (sebelum tu mereka menyamar sebagai sami, padahal sami hanya dibolehkan meminta makanan, bukannya duit)." Begitu komen seorang lelaki yang mengaku beragama Islam dalam blog kawan saya. Tak apa, Allah swt Maha Adil.

Apa yang istimewa sangatlah tentang hak bumiputera? Bukannya boleh dibawa ke akhirat. Bukannya tanpa hak bumiputera, mualaf akan mati kebuluran. Lagipun selama berpuluh-puluh tahun hidup sebagai bukan Islam yang tidak pernah merasai sebarang manfaat daripada keistimewaan bumiputera, orang yang memeluk Islam masih boleh hidup dengan selesa, masih boleh mempunyai rumah, kenderaan dan sebagainya di negara ini. Dan saya percaya setelah memeluk Islam, Allah swt akan memberi mualaf rezeki yang melimpah-limpah tanpa perlu terlalu berharap pada bantuan wang zakat untuk meneruskan hidup.

Bukankah janji Allah kepada kita dalam surah at-Taubah:59?
"Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurnia-Nya, demikian juga Rasul-Nya; sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah.:

Saya kasihan sungguh pada mereka yang berfikiran sempit seperti kawan kita di atas. Sikap begitu hanya merugikan diri sendiri. Berburuk sangka, bersikap syak wasangka dan bermegah dengan kemudahan yang dikecapi sejak lahir Islam amat dimurkai Allah swt.

Saya percaya, orang yang ikhlas memeluk Islam semata-mata kerana beriman kepada Allah swt mudah dikenali dan dibezakan daripada mereka yang munafik. Saya sedar, ada juga manusia yang memeluk Islam dengan niat tertentu - kerana bisnes, kerana inginkan sesuatu kebaikan dunia. Mereka dapat kita lihat secara zahir; mereka tidak berubah selepas mengucap 2-khalimah syahadah, mereka masih mengekalkan cara hidup bukan Islam dan hidup mereka dipenuhi amalan syirik. Tetapi bilangan mereka sedikit; tidak adil jikalau melonggokkan kami yang tidak bersalah dalam ketegori yang sama.

Saya bangga bergelar Cina Islam, Cina Muslim atau orang Cina beragama Islam. Tidak mungkin saya menukar bangsa dan keturunan saya kepada Melayu atau bumiputera. Saya percaya para mualaf lain turut sependapat dengan saya. Kami golongan minoriti di dalam sebuah negara yang mengaku negara Islam di mata dunia. Kami hidup dalam masyarakat yang terdiri daripada hampir 70% rakyat yang mengaku beragama Islam. Sepatutnya tidak ada masalah birokrasi berpanjangan mahupun masalah buruk sangka daripada saudara kami yang lahir Islam dan mendapat didikan Islam semenjak kecil.

Ingatlah, Allah telah berfirman dalam surah Ali Imran:26,
"Katakanlah,'Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

25 comments:

  1. Huhu... betapa beruntungnya mereka yang mendapat hidayah dari Allah swt...


    Adry @ http://www.adrysabry.com

    ReplyDelete
  2. Ya Allah...tak pernah terfikir pun orang akan masuk Islam sebab nakkan hak istimewa! ada juga orang fikir begitu ya

    Dari dulu lagi saya kurang gemar bila orang kata bila masuk Islam ni maksudnya "masuk Melayu". Islam ni deen yang universal, bukan hak milik mana2 negara atau bangsa.

    Kalaulah Muslim = Melayu, then we have many poor examples indeed! I have a few chinese friends who are close to Islam but say they don't want to be Malays that's why they don't want to embrace Islam!

    I admire one of my teachers. she is chinese muslim, taught me add maths. she's proud of her chinese inheritance and still retains her chinese name alongside her arabic name. all her children also have arabic + chinese names. apa salahnya kan.. it's just another language..if it has a good meaning, then why not?

    ReplyDelete
  3. Salam Adry & Ummu Layth,
    Walaupun dikatakan mendapat hidayah, masih ada pihak yang mempertikai, sebab dikatakan belum pandai mengaji al-Quran. Sebutan Arab belum lancar dan sempurna, tak seperti yang dah lahir Islam.Entahlah. Banyak mulut berkata tetapi yang ikhlas menghulurkan bantuan, boleh dibilang dengan jari.

    I do understand your chinese friends' stand. That's one reason why some chinese are still hesitant about reverting to Islam, because some born Muslims(Malays)have been showing bad examples. Do know that when Chinese revert to Islam. one of the questions we have to answer to our elders is this:"Why choose Islam when even some born-Muslims can't be good people? You want to be like them too?" Oh, the stigma of being a outcast from the main Chinese community because you're a Chinese Muslim, and a person not fully accepted by the born Muslim/Malay community can be quite tough for some. One thing I know, the rewards awaiting those who have taqwa have given reverts the strength to move on, regardless.

    ReplyDelete
  4. The perception must be rectify as embrace Islam, nor to become Melayu.Islam is not belong to Melayu and Melayu sometimes is not 100% Islam.One of the factors that deter non-Muslim to become Muslim.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Subhanallah, sungguh sy sedih dan terharu membaca tulisan cikgu... sungguh sy tak sangka sampai begitu sekali tanggapan saudara sebangsa malah seagama saya terhadap mualaf... inilah penangan ideologi nasionalis melampau..

    Sebenarnya sy ada salasilah keturunan Cina, Siam dan Arab... Being only the 3rd generation of Chinese ancestor, my family stil retain all good and unique chinese culture except that we can't speak mandarin. Mak saya memang obvious sgt macam Cina. dengan warna kulitnya, sikapnya yg peramah, rajin, outspoken, tegas n u know... all those positive culture... membaca artikel cikgu ni banyak mengingatkan saya tentang mak saya. mmg banyak persamaan.

    Jujur sy katakan sejak kecik, saya tak pernah didedahkan dgn this melayu-cina-india things... Sbb my parents slalu ajar "Allah cakap...." or "Nabi Muhammad cakap....." or "Tak boleh buat.... Allah marah!"... jarang pulak disebut "kita orang melayu kene buat ...........". hehe.. So, mmg I can mix well wit everybody including Chinese n Indians during my school days

    Tp masuk je MRSM(yg sy xtau pun hny utk bumiputera), mulalah sort of animosity comes. kecewa2.. entahlah bile Malaysia nak maju kalau inilah perangai org Islam kite.. bile ditegur, dianggap menghina... hanya mampu berdoa

    ReplyDelete
  6. Salam semua.

    Memang banyak lah kesalahan2 kaum Melayu terhadap Islam yg telah sebati menjadi budaya. Memang berat nak dikikis. Namun saya masih optimis, semakin ramai yang sedar. Apa yg penting ialah kita bermula dengan niat untuk "memperbaiki". Dan jangan kita berputus asa. Jika yang menegur bercakap dengan "melenting" maka yg ditegur tidak akan dapat manafaat dari teguran itu, malah mungkin menjadi lebih "resistant". Rasa tercabar kerana "belief system"nya ditentang.

    Saya kira teguran yg bernada lembut (tidak memaksa) serta ikhlas (berniat memperbaiki bukan mencemuh - hanya kita dan Allah yg mengetahui) mampu menyedarkan kebanyakan manusia.

    Saya faham, ini memang sukar dilakukan, apatah lagi bila teguran itu perlu datang dari pihak minoriti yg selama ini tertekan (atau ditindas). Lebih susah lagi apabila rasa marah dan tidak puas hati meronta2 minta dilepaskan.

    Cabarannya ialah: Bagaimana menegur untuk memperbaiki dalam masa yg sama menyuburkan silaturrahim dan mengukuhkan ukhwah ?

    Minta maaf semua kalau kelihatan menunjuk pandai pula. Apapun itulah buah fikiran saya pada waktu ini. Moga bermanafaat.

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam Maarof,Lan, FAReAst & Sani,
    Well,you do have to understand that under Malaysian laws, anyone who is a Muslim, talk Malay and live under Malay culture can claim to be a Malay :)Sometimes social pressure causes some people to choose to be known as Malays than Indians/Chinese/etc, especially when they have Malay wives and in-laws. This is something the Jabatan Pendaftaran Negara should be firm about - you should remain as you are (race) even after being a Muslim.

    The latest syllabus for Sejarah Form 4 has a chapter explaining 3 theories how Islam arrived in Southeast Asia - from Arab, China or India. So there historical proofs that shows people in Arab, India and Chinese have been Muslims hundreds of years before Malays embraced Islam. Unfortunately students in Science steam don't learn this subject, so they won't know these facts.

    Peramah, rajin, outspoken, tegas..? hehehe, bukan semua sifat ini disukai orang Melayu. Tapi tak mengapa, yang penting kita Muslim mukmin yang mengamalkan semua ajaranNya sebaik mungkin. Apa-apa sekali pun Allah Maha Mengetahui isi hati kita dan Allah Maha Adil.

    Rasulullah saw selalu mengingatkan kita supaya bersikap baik sesama manusia, tegur menegur dan bantu membantu. Dialah model terbaik kita. Caranya - bila menegur buatlah dengan berhemah tanpa menjatuhkan airmukanya, kalau yang ditegur tak menerima pun tak mengapa; bila ditegur terimalah dengan baik, mungkin itu satu-satunya cara Allah cuba memberi kesedaran kepada kita atas kesilapan dan dosa kita. Wallahualam.

    ReplyDelete
  8. Aliya,

    bila baca komen-komen dalam ni, adalah menjadi tanggungjawab aliya untuk mempercepatkan penulisan buku tu. Sebagai pembuka mata kepada semua orang apa itu muallaf dan perubahan yang berlaku kepada empunya diri. Wallahualam...

    ReplyDelete
  9. Dalam proses editing, Faizal. Dah siap 3/4, insyaAllah bila semua ok, saya akan umumkan :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,

    Wah, dah ada buku... mesti meletup ni.. huhu

    "Peramah, rajin, outspoken, tegas..? hehehe, bukan semua sifat ini disukai orang Melayu."

    Itulah pasal... sebab tu orang melayu ni selalu ada masalah communication break.. tapi lain cerita pulak family n jiran2 saya.. ya, mungkin suasana kita berbeza.. mungkin faktor geografi (saya oghe kelate tggl di pinggir bandar KB n cina kelate biasanya cakap kelate tanpa pelat.. hehe), keturunan n bla3...

    walaupun cikgu banyak sebut tentang sikap orang melayu yg bla bla bla, bagi saya dulu mungkin berlaku.. tapi sekarang, tak sangka pulak masih ada yang berfikiran sempit mcm ni.. itulah yang saya malu sangat.. merantau jauh ke negeri orang sejak zaman persekolahan lagi banyak mengajar sy..

    huhu.. cepat la sikit keluar buku ye... Sebelum ini ada Ann Wan Seng.. lepas ni cikgu pulak.. baru hangat sikit Malaysia.. InsyaAllah

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum

    Reading your recent posts just made me want to drop a comment here..

    Why does it seem like the day to day dealings of life in Malaysia so "racist"? Do you actually put what your race is in daily matters, like going to the doctor? What difference does it make if a patient is Cina or Melayu or Indian? I do understand the reasoning for putting religion in ID cards and forms although I tend to disagree, but race? And the issue of "changing" race, can we really do it? If we were born Chinese, there is just no way on earth that you can be otherwise.

    Sorry for the rambling, but being a Chinese in Indonesia..I somehow know what its like. But I think it is time to just put race aside, especially in the time when a minority can be a president in the USA :D. I wonder when can a Chinese be president in Malaysia/Indonesia??

    ReplyDelete
  12. Waalaikumussalam FaReAsT & dreanalin,
    Rambut sama hitam, hati lain-lain. Pernah saya tujukan solaan kepada orang bor Muslim, andai kata dilahirkan di keluarga bukan Islam dan ingin memeluk Islam, sanggupkah tinggalkan semua demi Islam? Ramai juga yang tak berani menjawab.

    Actually in Malaysia, the issue of race is a part of our daily lives, like it or not. Yes, even going to the doctor, because some Indian patients might be more comfortable explaining their illnesses to the doctor who understands their language. Here some Malays still believe they are the rightful guardians of Islam, and have become suspicious of reverts. I don't like to waste time on them but there are times that I need to 'shoot' them for their egoistic stand and high-and-mighty attitude.

    ReplyDelete
  13. pernah dengar talk shah kirit...
    beliau pon tak suka kalau dia dipanggil masuk melayu atau disuruh pakai baju melayu bila nk bg talk..kata nya "saya masuk islam bukan masuk melayu"

    dengan cara beliau berpakaian( yg x ikut pakaian org melayu) beliau lebih selesa untuk berdakwah...


    p/s: malu bila org cina (bukan islam ) kt sini tegur orang islam kt sini x reti respek orang lain....terasa hati menusuk kalbu bila org cina tu cakp camtu kt saya...maluuu...org islam berperangai tak seperti yg dikehendaki islam....:(

    ReplyDelete
  14. assamu'alaikum...Setuju dan sangat setuju . Maka nya saya di takdir kan bernikah dgn seorang warga Indonesia. Dan utk pengetahuan semua, saya memeluk Islam pd 1998 dan hanya bertemu bakal istri pd 2002.terkejut dia bila dpt tau saya ini Muslim. Sangat buruk persepsi antarabangsa terhadap Islam di Malaysia. Hingga peluk Islam d anggap masuk Melayu. Heran ya,kenapa tak di sebut masuk Arab?

    ReplyDelete
  15. Salam semua...
    persepsi masuk islam --> masuk melayu. fenomena biaser.. ceriternya mungkin kerana sejak dari dahulu, walaupun dalam undang-undang ada kata orang bukan islam tidak boleh berdahwah kepada orang islam. Namun di Malaysia tindakan berdakwah oleh orang islam ke orang bukan islan terutama bangsa minoriti yang besar contoh cina dan india tidak dijalankan atau digerakan secara terbuka dan meluas. Ini mungkin disumbangkan oleh isu toleransi yang tinggi dan kadang-kadang kerajaan tidak mahu isu agama dan bangsa menjadi topik perdebatan hangat - atau disiarkan di akhbar-akhbar. Walaupun malaysia negara islam, dalam sistem pendidikan juga tidak memberi pendedahan sebenar apa itu islam kepada bangsa bukan melayu... akhirnya bangsa bukan melayu berfikir islam adalah melayu- sedangkan agama islam dianuti oleh lebih ramai bangsa di seluruh dunia. Mungkin ia disumbangkan juga oleh deklarasi undang-undang yang mentafsirkan bangsa : melayu-sebagai orang berkulit sowo matang dan mesti beragama islam. so in the case of aliya dalam undang-undang bangsa anda masih cina, jelas dalam undang-undang. So cabaran adalah bagaimana setelah 50 tahun merdeka bangsa-bangsa lain di Malaysia masih tidak faham akan agama islam ??? is it becoz of our education system that fail to educate people to at least understand islam... and know the different between races and religion. Eeem so propably people kena faham as Malaysia sebagai negara islam adalah perlu kerajaan melindungi kepentingan-kepentingan islam itu sendiri - termasuk memahami undang-undang islam hanyalah untuk orang islam tanpa mengira bangsa. Dan perlindungan undang-undang bagi orang melayu tidak boleh memeluk agama lain selain islam - kerana deklarasi 'Melayu' itu sendiri dan termaktub dalam undang-undang malaysia. Jadi marilah kita sama-sama memberi pemahaman terhadap orang bukan islam.. agar mereka tidak tersilap pemahaman dan sentiasa memperbaiki diri kita agar menjadi muslim contoh kerana maha suci Allah- keislaman itu boleh hadir di hati mana-mana manusia yang tuhan kehendaki. Masya-ALLAH.

    ReplyDelete
  16. Salam limaumaniss,
    Biasala tu, pada sangkaan ramai pakaian orang Islam=baju melayu/kurung/jubah. Saya pernah masuk menunaikan solat berjamaah di masjid berpakaian blaus lengan panjang,berseluar panjang dan bertudung jenis selendang. Terbeliak mata para jemaah wanita, hahaha.
    Kalau famili saya yang bukan islam mengkritik tingkahlaku org Islam lain, saya katakan saja bukan semua org Islam begitu. Cuma mereka agak kurang bernasib baik menemui orang melayu yang kurang Islamik sedangkan ramai lagi Muslim yang baik-baik. Ada juga org Buddhist/Hindu/Kristian yg tak ikut ajaran agama anutan mereka, tak dengar pula org lain kritik :)

    ReplyDelete
  17. Tahniah kepada Iqqhuan kerana memilih Islam & mendirikan rumahtangga. Semoga bahagiake akhir hayat. Masuk Islam bukan masuk Melayu. Itu hanya persepsi orang kebanyakan tetapi malangnya kurang dijelaskan walaupun di peringkat tertinggi. Selagi orang kita masih beranggapan begitu, selagi itulah kerja dakwah oleh Melayu kpd bukan Melayu kurang berkesan di negara ini.Wallahua'lam

    ReplyDelete
  18. Waalaikumussalam e-joe,
    Pada zaman persekolahan saya pada 70an & 80an, tiada satu subjek yang menyentuh tentang yang dianuti oleh orang bukan Melayu. Oleh itu saya turut beranggapan Melayu=Islam=Melayu.Sekrang apabila saya mengajar Sejarah Tkt 4 di sekolah, hanya pelajar jurusan Kemanusiaan didedahkan tentang sejarah Islam sehingga Tamadun Turki Uthmaniyah di Sepanyol. Tiada langsung tentang Islam agama antarabangsa, maka tidak hairan jika pelajar universiti masih beranggapan Melayu=Islam=Melayu.
    Pada pendapat saya, bukannya susah menjalankan dakwah Islamiah melalui media massa. Saya ingat lagi semasa mula-mula berminat pada Islam, saya curi-curi tonton Al-Kuliyah untuk memahami konsep sebenar Islam. Sebenarnya banyak lagi cara untuk menjelaskan Islam kepada bukan Muslim dengan cara berhemah, halus dan mudah menambat hati.
    Saya percaya kalau orang Melayu dididik dengan ajaran Islam yang sempurna semenjak kecil, tidak akan ada gejala murtad di negara kita. Undang-undang akan tetap ada tetapi kalau hati tidak dikuatkan dengan akidah yang kukuh,apakah gunanya undang-undang itu?

    ReplyDelete
  19. Saya tak rasa pun macam tu... mungkin saya tak termasuk orang yang menganggap cina ( atau bangsa lain ) masuk islam kerana nak hak istimewa... kadang2 mereka sendiri yang rasa mcm tu sedangkan org melayu ( segelintir jer kot ) tak rasa apa2 tetapi rasa wahhh bagus, bertambah umat Muhammad SAW...bukan bertambah bangsa, dalam Islam mana ada terlalu berbangsa -> kita semua satu bangsa... ISLAM sahaja..

    ReplyDelete
  20. insidedya,
    Baguslah anda berpendapat begitu. Alhamdulillah memang bertambah umat Islam di seluruh dunia pada setiap hari. Sebenarnya isu bangsa bukan begitu relevan lagi sekarang, lebih-lebih lagi apabila berlakunya banyak perkahwinan campur. Anak ibu kacukan Punjabi-Cina dan ayah kacukan Melayu-Inggeris nak dipanggil bangsa apa?

    ReplyDelete
  21. Cuba baca blog ni...

    http://teropongkota.blogspot.com/2008/07/aku-nak-jadi-melayu.html

    ReplyDelete
  22. Salam EP3,
    Sudah baca. Masalah orang bangsa tertentu hendak menjadi bangsa lain berpunca daripada rasa kurang yakin dan tidak menghargai ketamadunan bangsanya sendiri. Hanya di dunia saja kita berbeza dari segi warna kulit dan bangsa tetapi bagi Allah swt yang utama adalah ketaqwaan seseorang padaNya, bukan?

    ReplyDelete
  23. Kenapa aliya masuk Islam? Kenapa tidak mahu bangga dengan agama, budaya, dan tamadun Cina?

    ReplyDelete
  24. Hasan bin Mohamed Ali,
    Saya memeluk Islam sebab Islam agama yang benar.
    Anda bagaimana pula?
    Tiada agama Cina sebab agama anutan ramai orang Cina iaitu Buddhism berasal dari India.
    Islam tidak pernah melarang umatnya mengamalkan budaya dan tamadun bangsanya sendiri, selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.
    Saya masih makan dengan sepit, tulis kaligrafi, cakap bahasa Cina, dan lain-lain yang dibenarkan dalam Islam sebab saya bangga berbangsa Cina, dan alhamdulillah beragama Islam.

    ReplyDelete
  25. ya ke? kalo ya sedey la..ntah mb i come from state yg da lama berintergrasi n btolaransi..hmm kkdg 1 family pelbagai agama..org tak kesah le ..sapa2 nak masuk agama malah gembira plak ada..ha ramai gak yg mgmalkn kawin + kat kpg mak i..ok je.. my sis/bro in law pn mualaf gak. tp ada relative i yg lg Buddhist/xtian malah animist pun da gak..ntah mb kat sini mudah berassimilasi kut..

    ReplyDelete