Tuesday, November 25

AKU NAK KAHWIN TAPI..

Sekarang musim orang mengadakan kenduri. Kenduri kahwin, kenduri pergi haji, kenduri anak berkhatan, kenduri kesyukuran dan lain-lain. Adat orang kita, asalkan ada peristiwa semua makan. Sayang sekali, saya pula yang terpaksa ikat perut, berpantang makan. Alahai, dugaan lagi..

Saya tersenyum membaca komen seorang kawan yang masih mencari pasangan hidup. Kasihan dia. Lebih kurang beginilah kata-katanya:

Bila nak kahwin ramai bakal-bakal isteri meletakkan syarat-syarat berikut:
1. Mahu suami yang beriman
(bagaimana nak tahu lelaki itu beriman? Cukup dengan menunaikan rukun Islam dan solat berjemaah di masjid?)
2. Mahu suami yang berpendapatan tetap
(Kalau berniaga bagaimana nak pendapatan tetap? Gaji minima pekerja Bangla RM350 setiap bulan pun pendapatan tetap juga..)
3. Mahu suami yang penyayang romantik
(Kalau mulut manis hari-hari berikan bunga boleh lah? Buat apa di belakang tak kisah la yer?)
4. Mahu suami berjanji tidak akan kahwin lain
(MasyaAllah. Itu bukan perkara di bawah kuasa kita. Jodoh, Allah yang tentukan bukan? Kalau bahagia dengan isteri seorang tentu tak kahwin lain)
5. Bukan suami orang
(Bekas suami orang bagaimana? Di dalam al-Quran tak benarkan kahwin suami orang?)

Maka saya cadangkan pula kawan itu meletakkan syarat-syarat berikut kepada bakal isteri?
1. Mesti sentiasa menurut kata suami, selagi tidak melanggar syariat Islam.
2. Mesti sentiasa menutup aurat di depan bukan muhrim, walaupun di dalam rumah sendiri
3. Sanggup melahirkan zuriat sehingga suami suruh tutup kilang
4. Berjanji menjaga makan minum suami dan anak-anak dan rumahtangga yang diamanahkan tanpa merungut dan bermasam muka sepanjang tempoh perkahwinan
5. dan paling penting, berjanji meletakkan Islam dan segala ajaran Islam sebagai pegangan hidup dan tonggak rumahtangga supaya tidak menjadi isteri yang nusyuz/curang

Bukan senang nak dapat bakal suami/isteri yang sesuai dan cocok dengan kita, nohh.. Pilih baju boleh berjam-jam tetapi nak pilih pasangan hidup, alahai.. ada yang sampai bertahun-tahun. Ada yang kena reject. Ada yang me-reject. Ada yang tak diiklankan langsung. Ada yang masuk kategori second-hand, sudah kurang yang berminat. Hanya Allah Maha Mengetahui segala kekusutan dan masalah kita semua dalam menangani hal ini.
Tapis punya tapis, tiba musim kenduri ada juga yang mengeluh..
"Aku nak kahwin tetapi..."

12 comments:

  1. Amboiii! kiut nye hamster-hamster tu! macam berjoget pulak, hehe!

    ReplyDelete
  2. Salam Aliya,
    I have used ur good written article regarding Yoga, in countering the questions and accusations on Fatwa and it Councils by by Marina Mahathir and her follower in her blog.

    ReplyDelete
  3. aieen,
    I collect cute pics. Glad you like it :)

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam Lan,
    Well, what can I say? Thanks for promoting my blog, huhuhuu.. I do visit hers sometimes but decided not to waste my time commenting on her rantings (talk loudly or angrily, and exaggerate or say foolish things). I guess I'll be expecting more traffic soon? (LOL)
    .

    ReplyDelete
  5. Salam Cik Aliya,
    Hmmmmm...rasa-rasanya i nak tambah sket bole...
    Pihak Jejaka
    - Dok pening pikir mak abah si gadis nak meletakkan berapakah hantaran yang sesuai
    Pihak gadis lak merangkap remajapurba
    - Dok pikir bolekah lelaki pilihan hati jadi seorang yang bertanggungjawab

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam fzy fuzzy,
    Wang hantaran? Entahlah, saya nikah pun tak ikut adat Melayu... simple saja, sekadar wang mahar. Yang saya tahu sekarang paling kurang RM7000, betul?
    Nak cari lelaki bertanggungjawab? Selidikilah bagaimana dia melayan ibu bapa dan keluarga, sahabat dan rakan sekerjanya.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..kak..

    Lama saya tak berkunjung ke mari..
    Apa khabar kak?..

    ReplyDelete
  8. Salam aliya, baru balik dari sarawak, tak sempat baca post yang baru nei. anyway.. saya setujulah memang sekarang ramai wanita letak banyak syarat hendak pilih lelaki/suami, saya setuju mengenai syarat pertama dan kedua tu, asas yang kukuh dalam membentuk rumhatangga bahagia agamaNYA- dan perkerjaan- sekurang-kurangnya mampulah memberi nafkah seadanya kepada isteri. Yang bermaksud mampu menafkahi isteri walaupun isteri tidak bekerja.. kerana dalam islam jelas disyaratkan berkahwinlah sekiranya kamu mampu kerana jika tidak akan sampai ke menzalimi orang lain dan juga dirimu sendiri. Saya lihat ramai lelaki yang tidak faham konteks 'mampu' ini kebanyakannya hanya melaraskan kepada kemampuan yang satu 's**' ajer, itulah yang susah. Tapi dalam kebanyakan kespun kalau ada masalah 's**'pun suami akan simpan isteri 7 ke 8 tahun, barulah kasi isteri tu talak satu supaya boleh berkahwin lain untuk sambung zuriat...ego Ramai wanita terperangkap, dan paling teruk dunia dah terbalik..wanita pulak yang menafkahi suami.. so kenalah berbalik kepada agama islam kita yang suci, kerana istilah 'mampu' itu sendiri memberi pengertian yang besar yang harus pihak lelaki dan wanita fahami... apa kata aliya?? wallahualam.

    ReplyDelete
  9. سلام يا عالية

    Teringat pulak cerita Tiga Abdul, kalau satu pihak sahaja letak syarat maka tak ubah seperti Sadiq Segaraga. Memang adil kalau pihak lagi satu turut meletakkan syarat, seperti yang dilakukan oleh Abdul Wahub.

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam Reza,
    Maaf saya tak berapa ingat kisah Tiga Abdul tetapi saya faham maksud anda.

    ReplyDelete
  11. salam waalikum

    HEY IT'S A VERY NICE BLOG
    wanita pulak yang menafkahi suami.. so kenalah berbalik kepada agama islam kita yang suci, kerana istilah 'mampu' itu sendiri memberi pengertian yang besar yang harus pihak lelaki dan wanita fahami... apa kata aliya?? wallahualam.Quran

    ReplyDelete
  12. Waalaikumussalam e-joe & nilesh,
    Wanita menafkahi suami?
    Teringat saya pada satu hadis,bahwa Rasulullah saw bersabda bahawa lebih afdhal seorang isteri mensedekahkan zakatnya kepada suami yang memerlukan, daripada memberikan zakat itu kepada orang lain.
    Begitu juga suami wajib keluar bekerja untuk menyediakan nafkah bagi anak dan isteri. Perlu juga diingat bahawa isteri hanya boleh keluar bekerja dengan keizinan suami.
    Oleh yang demikin, pada pendapat saya, tidak menjadi masalah tentang isu isteri yang berkemampuan untuk menolong suami dari segi kewangan selagi kedua-duanya bersetuju dan isteri sendiri memberi izin dan redha dengan sumbangannya. Malah ada pasangan yang hidup bahagia walaupun isteri bergaji lebih basar daripada suami. Semuanya bergantung kepada budi bicara dan persetujuan mereka bersama. Seharusnya kedua-dua suami-isteri bersyukur dengan rezeki yang diberikan Allah swt. Suami yang menzalimi isteri tetap akan menerima balasan di akhirat nanti.

    ReplyDelete