Thursday, October 2

MAKAN JANGAN TAK MAKAN


"Makanlah, Aliya.. makan sikit saja, macam semut," kata Ibu Mertuaku.
"Dah kenyang, Mak. Jap lagi baru makan, nak tunggu makanan tadi turun dulu," saya tersenyum.
Ibu mertuaku menggeleng kepala. Tiap kali berjumpanya, itulah yang disuruhnya - Makan. Ibu Mertuaku juga berbangsa Cina, dan beliau masih memegang kepada beberapa adat Cina - antaranya adalah apabila berjumpa, disuruhnya makan kenyang-kenyang.

Hehehee.. saya sudah pun tembam semenjak berkahwin. Sebenarnya semenjak berumur 30 tahun, saya sudah mengurangkan makan. Namun demi menjaga hati orang tua, setiap kali ke rumah Mertuaku, kena berpuasa dahulu kerana pasti akan disuruhnya makan sebelum pulang.

Nak jaga hati Ibu Mertuaku, kenalah bijak. Perut pun boleh diisi hanya setakat yang boleh muat. Makanan yang perlu dimakan pula banyak. Nak jaga hati Ibu Mertuaku, nasi yang dihidang dalam pinggan hanya sesenduk banyaknya. Bila habis dimakan tambah sesenduk lagi. Bila habis pusingan kedua, kalau Ibu Mertuaku suruh tambah lagi, baru tambah senduk ketiga.
"Makanlah lagi, lauk banyak lagi tu..."
"Dah makan tiga round, Mak.. Alhamdulillah kenyang..."
Hehehee.. mana tak kenyang. Semalam menu nasi daging, gulai daging, kurma ayam, kari daging, nasi himpit, ketupat, kuah satay, rendang ayam, tosei (masakan istimewa Ibu Mertuaku setiap hari raya) dan sebagainya.

"Tu kuih tunjuk jenis homemade ajer, tak sempat nak buat sendiri, orang lain yang tolong buatkan," saya beritahu adik ipar yang sedang makan kuih yang saya bawa ke rumah mertua. "Isi borang pesanan nak kuih yang mana satu, hantar terus ke meja saya di sekolah. Tak beli di gerai-gerai, rugi kalau tak sedap. Mungkin tahun depan baru buat kuih raya sendiri, kalau keadaan mengizinkan. Resipi dah berlambak, orang yang tak larat."
"Biasalah, kita sekarang rumah nak jaga, kerja ofis nak buat, anak kecil kena uruskan lagi, payah nak curi masa nak buat kuih raya. Tak macam zaman mak kita."
"Dulu orang tak jual kuih raya. Persepsi masyarakat lain, sekarang dah lain. Ikut peredaran zaman."
"Betul tu. Tahun Baru Cina Kak Aliya sambut ke?"
"InsyaAllah, sambut. Tengok dulu keadaan pada tahun depan. Anak buah dah tanya tadi, nak angpau pula, hehehee."

"Sebulan berpuasa, perut kosong. Ini baru hari pertama Raya, dah isi macam-macam..mana boleh dimakan, makan..dah kenyang sangat, mengantuk pula.." begitulah keluhan yang didengari.
Alahai, inilah cabaran bulan Syawal. Setiap rumah ada juadah Hari Raya. Kalau pergi menziarah ke rumah sanak saudara dan sahabat handai,wajib makan. Satu rumah kadang-kadang dua tiga jenis makanan. Memang rezeki murah pada bulan Syawal dari segi makanan. Tali pinggang perlu dilonggarkan, hehehe. Tak apalah, setahun hanya sekali. Lepas Syawal, diet lagi.

Pada Hari Raya, kanak-kanak yang paling gembira. Dapat duit raya, dapat makan kuih raya, dapat jumpa sepupu, dan dapat main bunga api. Saya dapati anak buah yang ramai itu (kira-kira 15 orang) semua aktif pada waktu pagi tetapi dah lena keletihan selepas waktu isyak (teringin nak ambil gambar mereka yang tidur flat di atas tikar, tetapi takut kena tegur, huhuhuu). Kita yang dewasa yang perlu mengemas, mengemas dan mengemas. Kalau berbanding dengan sambutan Tahun Baru Cina, saya rasai suasana Aidilfitri lebih meriah kerana melibatkan lebih ramai keluarga yang berkumpul dan bergotong royong bersama-sama.

Alhamdulillah saya masih kekal berat badan, hehehee.. Risau juga takut lebih montel sebab kurang aktif pada Ramadhan yang lepas, maklum sahaja dengan keadaan kesihatan yang kurang memberangsangkan. Pada Syawal yang lepas, sempat lakukan Puasa Enam. InsyaAllah akan teruskan amalan ini pada Syawal tahun ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini, dan selamat bercuti bersama keluarga. Kepada yang memandu, berhati-hatilah di jalan raya, semoga dilindungiNya sepanjang perjalanan.

4 comments:

  1. "nasi daging, gulai daging, kurma ayam, kari daging..."

    Lapar pula perut saya baca entri ini. Salam Aidilfitri buat puan Aliya dan suami.

    Saya baru-baru ini perrgi beraya ke rumah Tok sebelah isteri di Penanti, BM. Terfikir hendak singgah beraya rumah puan, tapi tak ada nombor telefon. Kalau boleh, emelkan nombor puan, boleh kami sekeluarga bertandang.. Faris PTS

    ReplyDelete
  2. Salam En.Faris,
    Saya dah emel nombor telefon, hehehe. InsyaAllah berjumpa sekali lagi kita nanti. Jangan risau, kalau tak jadi Aidilfitri, ada Aidiladha, ada Winter Soltice (perayaan adat Cina), ada Tahun Baru Cina,ada Chap Goh Meh, jeng jeng jeng :))

    ReplyDelete
  3. Salam aliya,
    lama bercuti dah malaslah pulak nak kerja, masya-allah kenapalah agaknyer. Anyway tengah rehat nei sempat lagi baca tulisan aliya. Sukarnya menjadi wanita, benar ke tuhan tidak akan memberi kita yang terbaik, ataupun yang lebih baik dari kita.. sukarnya memahami satu rahsia, yang hanya maha pencipta sahaja mengetahuinya. Subhanallah, Eeem just wanna tell you new JPN url :
    http://www.jpn.gov.my/jpnnew/
    try, i just heard its the current one.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam e-joe,
    Terima kasih atas url terbaru JPN. hahaha, seperti biasa tidak dinyatakan langsung tentang keperluan saudara baru Islam yang perlu menunggu lebih dari 7 hari untuk mendapatkan Kad Pengenalan baru.
    Wanita dan lelaki adalah sebaik-baik kejadian Allah swt. Saya bersyukur kerana dilahirkan wanita. Yakinlah dan bersyukurlah, kerana kadang-kadang kita tidak tahu apa yang kita ada sehingga kita kehilangannya.

    ReplyDelete