Tuesday, October 28

LAGI-LAGI BIROKRASI

"Tapi bukankah Kad Pengenalan ini sudah menunjukkan kerakyatan saya telah disahkan? Kenapa kena ada surat lain dari Jabatan Pendaftaran Negara pula?"
"Maaf. Ini prosedur."

Saya terkilan. . Dua hari yang lalu saya sudah semak segala maklumat yang diperlukan dalam website JPN. Segala bahan yang dinyatakan seperti 2 keping foto terkini, salinan surat beranak, dan salinan kad pengenalan sudah saya sediakan. Bahkan saya turut bawa Surat Akuan Masuk Islam serta Kad Masuk Islam saya bersama ke Jabatan Imigresen.
Tujuan ke situ untuk memohon Pasport Antarabangsa buat kali pertama dalam hidup saya. Biarlah ada pasport dahulu, mudah kalau hendak melancong, melanjutkan pelajaran atau menunaikan haji dan umrah pada masa hadapan.

"Tak lama. Kalau semua bahan ada, esok dah boleh ambil pasport."
Begitulah kata orang. Saya pun berharap begitu.
Kebetulan hari ini cuti khas sekolah. Saya pun bergegas ke Jabatan Imigresen pada waktu pagi. Setelah berpusing-pusing mencari tempat letak kereta, saya akhirnya berjaya ke kaunter imigresen. Nombor diberi. Saya diminta tunggu.

Setelah 30 minit, saya dipanggil.
"Puan kena ada surat pengesahan dari JPN. Semasa buat IC, tak terima surat kelulusan dari Putrajaya kah?" tanya pegawaidi kaunter
"Saya hantar semua borang saya sendiri ke Putrajaya. Tak diberi apa-apa dokumen pun, hanya kelulusan dari sana yang membenarkan permohonan pertukaran IC. Bila saya dapat IC ini pun, pihak JPN tak beri apa-apa surat pengesahan."
Saya mula tidak sedap hati. Tiada satu maklumat bertulis pun yang menyatakan bahawa orang yang bertukar nama pada Kad Pengenalan perlu mendapatkan sepucuk Surat Pengesahan Nombor Kad Pengenalan dari Jabatan Pendaftaran Negara untuk tujuan membuat pasport. Inilah kali pertama saya diberitahu akan hal ini.
"Puan kena ke Jabatan Pendaftaran untuk mendapatkan surat ini. Maaf, tanpa surat itu, kami tak boleh proses permohonan pasport Puan."
"Kenapa masa saya kemukakan borang di kaunter pemdaftaran, saya tak diberitahu hal ini? Tak ada pun maklumat tentang perlunya mendapatkan surat dari JPN bagi saudara Islam yang tukar nama, tertampal di mana-mana pejabat ini."
"Bukan selalu orang tukar nama."
Saya minta lihat dokumen yang diperlukan. Barulah saya tahu bahawa rupa-rupanya orang yang tukar nama, yang berbeza dengan nama pada kad pengenalan asal dan surat beranak, perlu mendapat Surat Pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara. Walaupun sudah ada Kad Pengenalan yang tertera nama barunya.
"Kalau sudah ada surat ini, apa lagi yang perlu saya buat?" saya cuba mendapatkan kepastian.
"Semua dah cukup, kecuali surat itu saja," kata pegawai tersebut.

Saya terpaksa ke Jabatan Pendaftaran Negara yang terdekat. Jaraknya 30 minit dari Jabatan Imigresen. Sesampainya di sana, pegawai di sana pula tertanya-tanya. Saya pula yang perlu menerangkan bahawa pihak Jabatan Imigresen menegaskan bahawa mereka hendakkan Surat Pengesahan Kad Pengenalan terbaru sebelum meluluskan permohonan pasport saya. Akhirnya mereka berjaya mengeluarkan surat tersebut kepada saya. Terima kasih kepada staf yang begitu komited dalam menjalankan tugas. Saya menerima surat yang diperlukan dalam tempoh sejam.

Sekembalinya di Jabatan Imigresen, saya kemukakan sekali lagi segala dokumen yang diperlukan. Saya sabar menunggu. Harapan di hati,bolehlah saya dapat pasport pada keesokan hari.
"Puan, dokumen semua kami akn fakskan ke Jabatan Keselamatan di Putrajaya untuk mendapatkan kelulusan. Baru Puan bayar wang dan kami akan berikan pasport," kata seorang pegawai lelaki.
"Maksud Encik, saya perlu menunggu lagi? Mengapa perlu mendapat kelulusan Jabatan Keselamatan pula sedangkan semasa saya memohon pertukaran Kad Pengenalan saya dengan nama baru saya (yang Islam), tak pun disebut perlu melalui Jabatan Keselamatan? Kalau sudah luluskan permohonan Kad Pengenalan baru saya ini, sepatutnya sudah diluluskan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, bukan begitu?" Saya menyuarakan rasa tidak puas hati saya dengan nada seorang guru yang tegas.
"Err, itu Jabatan Pendaftaran. Ini kena melalui Jabatan Keselamatan pula, sebab permohonan pasport di bawah Bahagian Keselamatan dan Paspot," pegawai lelaki itu menghulurkan saya sehelai kertas bercetak.
"Puan cuba telefon nombor ini di Putrajaya, kalau nak mereka segerakan permohonan."
"Berapa lama saya perlu tunggu sebelum saya tahu sama ada permohonan paspot saya diluluskan?" Saya lihat surat yang dikepilkan.

"Dimaklumkan bahawa keptusan mengenai permohonan tersebut akan diberitahu kepada tuan/puan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan..."

"Paling cepat, seminggu."
"Bagaimana saya nak tahu sama ada sudah lulus atau tidak?" saya terus bertanya.
"Kami akan telefon, berdasarkan nombor telefon Puan dalam borang permohonan."
"Encik sedar tak, bukan saya seorang yang sedang dan akan menghadapi masalah ini. Semua orang termasuk orang yang memeluk Islam dan bertukar nama akan menghadapi masalah yang serupa. Mengapa tidak diselaraskan semua sistem supaya tak perlu ulang beberapa kali? Sudahlah kami diminta menunggu selama sebulan sehingga 3 bulan untuk mendapat kelulusan permohonan pertukaran nama dan maklumat lain dalam Kad Pengenalan, sekarang bila pohon pasport kena pula menunggu sebulan? Adakah ini hukuman untuk kami yang mengikut prosedur mengisytiharkan diri sebagai orang Islam? Kalau tak isytihar pengislaman saya dan masih kekal sebagai orang bukan Islam dalam Kad Pengenalan, tak tukar nama dan maklumat diri lain, saya tak perlu susah-susah begini pada hari ini, bukan?"
Pegawai itu diam.
"Puan telefon nombor ini mulai esok. Kalau dah lulus, kami akan telefon Puan supaya datang ambil paspot," ulangnya lagi.

Nampaknya saya perlu menunggu lagi.
Meluat sungguh dengan karenah birokrasi.
Nampaknya kerajaan dan pihak-pihak bertanggungjawab masih kurang prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh kami saudara baru Islam yang menukar nama dari nama asal kepada nama Islam.
Kami masih dilayan dengan pelbagai red-tape, seolah-olah masih menerima hukuman kerana bertukar nama kepada nama Islam yang berbinkan Abdullah.

Kalau mereka yang lain hendak murtad, hendak menukar nama kepada nam lain, tak apa kalau memperketatkan prosedur.
Mengapa kami pula dilonggokkan sekali?

Adakah ini salah satu sebab ramai orang yang memeluk Islam menangguhkan prosedur bertukar maklumat diri setelah memeluk Islam di Jabatan Agama Islam?
Kerenah birokrasi yang menyusahkan, melambatkan dan memberikan pelbagai masalah. Semuanya berpunca daripada kekurangan maklumat yang tertulis di semua jabatan yang bertanggungjawab. Hanya kerana alasan yang diberi, tak ramai orang yang memeluk Islam.

Kalau saya kekal menggunakan nama asal, kekal menggunakan maklumat diri sebagai bukan Islam, menampilkan diri sebagai bukan Islam tanpa tudung, agaknya permohonan paspot saya sudah lulus pada hari ini.

Geram. Hampa. Kecewa. Very very frustrated. Terasa seperti bola yang ditendang ke sana ke mari.
Saya masuk Jabatan Imigresen pada 11.10 pagi dengan harapan mendapat pasport tetapi keluar dari situ bukan saja tanpa kelulusan paspot, bahkan bertambah sakit hati, pada jam 3.15 petang.
Sudahlah habis minyak kereta saya berulang-alik dari Jabatan Imigresen ke Jabatan Pendaftaran Negara. Sekarang diminta pula menelefon ke Putrajaya kalau hendak mempercepatkan kelulusan permohonan pasport saya.
Saya bukan orang senang yang dapat berulang-alik ke sana ke mari.
Saya bukan orang kaya yang mampu menelefon selalu dari Penang ke Putrajaya.
Semua perancangan awal saya dan penempahan tiket perjalanan terpaksa ditangguhkan kerana masalah ini. Mungkin juga terpaksa dibatalkan.
Hari ini bukanlah satu hari saya bangga menjadi rakyat Malaysia.

Nota: Harapan saya, selepas ini segala permohonan pertukaran dokumen rasmi kad pengenalan dan pasport melibatkan saudara baru Islam dipermudahkan. Cukuplah saya menjadi mangsa, janganlah pula menyusahkan mereka yang lain.

Terkini: Kira-kira 3.15 ptg 30 Oktober, saya menelefon nombor yang diberi, direct ke Putrajaya.
"Assalamualaikum, boleh saya cakap dengan Encik ***?"
"Maaf, dia tak ada sekarang, boleh tahu siapa cik?"
"Saya *** ingin bertanya tentang permohonan paspot saya, saya seorang mualaf, nama asal saya ***.."
Belum sempat saya habiskan ayat, lelaki di hujung sana mencelah," Oh, Ya ya..kami sedang proses, mungkin petang ini selesai."
Saya masih menunggu. Sabar menunggu panggilan telefon dari Pejabat Imigresen SJ memberitahu bahawa permohonan paspot saya diluluskan, huhuhuuu..
Emel saya kepada pegawai di Putrajaya, berpandukan alamat emel yang tertera di alam web, bertanyakan sebab mengapa permohonan paspot mualaf perlu diproses di Bahagian Keselamatan tidak dibalas. Mengapa ya?

9 comments:

  1. Assalamualaikum wbt...

    Sis,thanx for da treat last saturday. Banyak betul duit raya u bagi. Thanx ya=)

    kalo berkaitan sistem, kadangkala memang payah untuk diubah. Lebih2 lagi kalo orang yang berkaitan tak merasai kesulitan kita.

    But i think maybe this is sorts of tarbiyah from Allah for you.Hope u'll stay patient. InsyaAllah who knows, you would be the one who will change the system?

    May Allah bless you always =)

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum wbt

    Wow! Is it really that hard?
    Malaysia is very good at delaying over the counter services. Layers upon layers of bureaucracy just breeds corruption and bribery.

    I haven't made my passport and I'm not sure if I have all the documents required. As you said, with all the difficulties imposed, it really gives the picture that our reversion is like a crime thus we should be punished.

    So, is Malaysia an Islamic state? With all the difficulties imposed on those who embraced Islam, I don't think Malaysia is. Maybe some day in the future. Keep on hoping...

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam Syaima,
    You are welcome, consider it duit kongsi-raya, hahahaa.. rezeki comes from Allah.
    I'm not angry, just being assertive. Pendedahan ni bukan untuk menghina tetapi untuk menyedarkan orang ramai akan keadaan yang berlaku sekarang. It's within our rights as citizens of Malaysia to know why we are subjected to such procedures. In fact, I've emailed the Jabatan Imigresen officers and am waiting for their reply.

    Walaikumussalam wafiuddin,
    Alhamdulillah, it's always good to know a new brother in Islam. Hope by the time you apply for your own passport, you'd not subjected to such bureacratic procedures anymore. Mind if I link to your blog?

    ReplyDelete
  4. Saudari Aliya,

    I wrote to you some time back. Just wondering, how about those who already have an International Passport while they were non-muslim, and the passport has expired, and now they have reverted to Islam and need to renew their passport? Does a new revert need the Surat Pengesahan from JPN and Jabatan Keselamatan in order for him/her to renew his/her passport(which has existed while he/she was a non-muslim)?

    ReplyDelete
  5. aliya,

    Sure you're most welcome. Don't be disappointed, though, as I don't update as often as you do.

    I'd also like to make a link to your blog on mine. It really is a good source of reading materials.

    ReplyDelete
  6. Hello the malacca princess, I can't answer your question coz I really don't know. There's actually nothing in black and white about the actual procedures for the pasport application for Muslim reverts found in the Jabatan Imigresen website. And when I demanded a sample of the Surat Pengesahan JPN, only then the officer took out a file from the record room and showed me the sample. So just be prepared for a long wait anyway.

    ReplyDelete
  7. Assalaamu'alaykum sis aliya,

    Oh. I went through a big headache when I wanted to get my name changed in my IC. Oh, major headache! They made it so difficult for the reverts.. subhanallaah.

    I had to ulang-alik many times, and I did email them at JPN, but well, they didn't give much explanation at all! I even emailed to the Director, etc etc, tapi biasa lah.. just nothing done!

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam Rayhana,
    Yes, I had to wait 3 months for the approval from Putrajaya before I could proceed with my application to change information in my iC. That too, after going all the way to the office in Putrajaya, handed the documents to the officer in charge and having him confirmed that I sent all the necessary documents.
    I can say for sure that the email addresses in almost all government offices are fake. I had some emails sent to Jabatan Imigresen at Putrajaya returned to me with the message- this ID does not exist. hahahaaa :P

    ReplyDelete
  9. Allah o Akber.
    http://www.myislam.zoomshare.com

    ReplyDelete