Wednesday, August 27

6 MINGGU

"Ingat... awak kena masuk wad pada bulan Oktober."
"Ok doktor.. ermm, boleh saya tahu berapa lama saya perlu tinggal di wad?"
"Kalau tak ada masalah kesihatan, sehari selepas itu bolehlah balik ke rumah. kecuali kalau awak pening, tak cukup darah dan sebagainya. Kami akan bagi cuti selama 6 minggu untuk awak berehat. "
"6 minggu?"
"Biasanya kami bagi 6 minggu. Paling awal sebulan laa.. kenapa?"
Air muka saya berubah agaknya.
"Err.. saya perlu bersedia sebab kalau 6 minggu kenalah saya buat persediaan awal. Kena beritahu pengetua saya supaya pelajaran anak didik saya tidak terjejas nanti."
"Oh begitu. Ya, 6 minggu.. sebab itu masih dikira major surgery. Kita tak mahu berlakunya jangkitan dan komplikasi lain. Eermm bolehlah awak terus sambung bercuti sekolah pada cuti akhir tahun," doktor itu tersenyum.

Aduhh.. cuti sakit 6 minggu? Ini bermakna saya hanya ada sebulan untuk mengajar dan cuba menghabiskan syllabus mata pelajaran kerana belum tentu lagi ada guru ganti yang mengajar mereka semasa saya bercuti sakit nanti, sedangkan peperiksaan akhir tahun perlu mereka duduki. Tentu mereka akan mengeluh panjang apabila saya tegas ketika mengajar mereka pada bulan Ramadhan. Mereka tidak tahu dan mereka hanya akan tahu sebabnya apabila saya sudah benar-benar bercuti sakit.
Kena ubah strategi mengajar lagi kerana masa semakin suntuk...
Semoga Allah swt permudahkan.

2 comments:

  1. Aliya, semoga tabah hati dan bersedia untuk pembedahan tu. You got good reviews from MBA regarding your posts in here. When you gonna finish your book? can't wait to see them on the book shelves.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Ejan, hehehee.. Speaking abt operation, how's your wife? Sihat?

    ReplyDelete