Sunday, July 13

TETAP BERTAHAN

"Nak pergi atau tidak?"
Sakit memang sakit. Suntikan yang diterima pada hari Ahad lepas tidak begitu terasa tetapi kesan ubatnya amat kuat. Keesokan harinya saya kesakitan tetapi saya gagah juga memandu berseorangan ke sekolah. Mujurlah perhimpunan mingguan membolehkan para guru duduk di atas kerusi plastik yang disediakan; bolehlah saya duduk diam tanpa memperlihatkan keadaan yang agak lemah di hadapan pelajar. Pantang sekali saya kelihatan lemah di hadapan pelajar.

Sakit tidak surut malah bertambah tenat keesokan harinya. Mahu tidak mahu saya terpaksa mengalah dan berehat di rumah. Sebabnya, saya tidak mampu memandu. Doktor tidak memberi apa-apa amaran tentang kesan sampingan yang bakal dihadapi daripada suntikan yang saya terima, maka keadaan yang saya alami agak membimbangkan. Mujurlah ubat penahan sakit agak berkesan. Akhirnya saya dapat berehat daripada menahan sakit secara mental.

Saya jarang mengambil cuti sakit sepanjang perkhidmatan saya. Pada tiga tahun terakhir, rekod universiti saya hanya mencatatkan 4 hari cuti sakit. Pada hari-hari lain, walaupun demam selsema atau batuk, saya tetap ke kelas. Bermekap muka dengan warna yang ceria sedikit agar tidak menampakkan wajah yang pucat. Oleh yang demikian, keadaan kesihatan saya sekarang agak luar biasa. Agak lemah dan mudah pening. Alhamdulillah setakat ini belum pengsan lagi. Saya sumbat diri dengan ubat dan vitamin. Walaupun sekarang bertaraf pesakit, saya benci menzahirkan diri seperti pesakit selagi saya masih boleh berjalan sendiri.

Alhamdulillah, ini satu lagi ujian kesabaran dan ketaqwaan. Namun perjalanan saya bukan berseorangan. Entah mengapa, minggu sebelum ini saya diajak membeli CD dan buku tafsir surah Yasin oleh seorang jurujual wanita ketika membeli-belah. Naluri saya menyuruh saya membeli set berharga RM10 itu. Saya bukannya pandai membaca surah Yasin...pembacaan saya masih lemah . Kebetulan sekolah saya juga mengamalkan bacaan Yasin pada setiap pagi Jumaat, maka bolehlah saya berlatih setiap minggu. Satu kebetulan? Wallahu'alam.

Sekarang keadaan saya semakin pulih, namun ubat tetap perlu diambil, kesihatan masih perlu dijaga, dan pembedahan masih perlu dijalankan. Saya hanya mampu berdoa agar dipermudahkanNya segala urusan.
Kata orang, sakit itu penghapus dosa.
Saya hanya risau ia mengganggu tugas dan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri, guru, dan anak. Sudah banyak kerja dan perancangan saya yang terbantut kerana keadaan kesihatan yang kurang stabil ini. Lemah. Letih. Kurang konsentrasi. Hanya kekuatan iman, mental dan psikologi yang banyak membantu ketika ini.
I am a survivor.
InsyaAllah, I will be fine in all aspects soon.

6 comments:

  1. syafakillah, k.Aliya. uve survived a lot of ordeal, we pray that u survive this too.

    ReplyDelete
  2. Thanks for the encouragement, Intan. InsyaAllah I will, with Hi blessings. I just dont enjoy the idea of going under the knife (surgery) huhuhuu.
    BTW, what's the meaning of "syafakillah"?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Aliya,

    Semoga Aliya terus kuat untuk menempuh hari2 mendatang. Kadang2 saya rasa Aliya dah kembali kepada fitrah lebih lama dari tempoh 2 tahun, bila saya baca tulisan2 Aliya. Ia mengingatkan saya kepada Maryam Jameelah yang telah berutus surat dengan al-Maududi sebelum dia mengucapkan Syahadah secara rasmi. Tetapi Maududi telah memulakan suratnya yang pertama kepada Maryam Jameelah dengan ucapan salam, kerana walaupun waktu itu dia masih dalam peringkat berfikir utuk memeluk Islam tetapi Maududi yakin bahawa dia telah pun menjadi seorang Muslim. Seorang yang beriman dengan keesaan Allah, dengan kerasulan Muhammad saw selaku Rasul yang penghabisan dengan kitab suci al-Quran selaku kalam-Nya dan dengan hari akhirat, maka ia adalah Muslim yang benar sama ada ia dilahirkan dalam keluarga Yahudi atau dalam keluarga Kristian atau dalam keluarga penyembah berhala...(rujuk dalam buku 'Surat2 Maududi-Maryam Jameelah' terjemahan Yusoff Zaky Yacob).

    Semoga tabah juga dengan ujian sakit, insyaAllah saya mendoakan kesembuhan Aliya.Ameen.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam,
    Alhamdulillah, minggu ini kesihatan saya semakin baik. Bersemangat dan bertenaga. Terima kasih atas doa semua.

    ReplyDelete
  5. ouh, maaf. loosely translated moga Allah sembuhkan K.Aliya. :)

    as a medical student, saya sndri tak suka masuk teater untuk observe patient's surgery.. inikan pula membayangkan diri sndri to go under the knife.

    ReplyDelete
  6. Adik Alya jaga kesihatan diri tau. Semoga sihat dan gembira selalu sehingga ke akhir hayat.


    jumpa lagi.

    ReplyDelete