Tuesday, July 15

SESI PERKENALAN DIRI

"Saya berketurunan Cina, beragama Islam."
Setiap kali sesi perkenalan diri dengan pelajar, itulah ungkapan yang saya gunakan.Saya memilih untuk bersikap terbuka. Mungkin bagi orang lain, mereka lebih suka dianggap sebagai orang Melayu, no questions asked, tetapi saya lebih suka memulakan dengan cara begini. Secara tidak langsung, cara ini membuka banyak ruang untuk terus berdialog dengan pelajar remaja, tambahan apabila saya mengganti guru yang bercuti sakit.

"Cikgu memeluk Islam ya?"" Ya, benar."
" Ibu bapa Cikgu beragama apa?"
" Mereka beragama Buddha."
" Maksud Cikgu, Cikgu seorang sahaja yang memeluk Islam?"
" Ya, benar."
" Cikgu sudah kahwin ker belum?" (diringi dengan usikan rakan-rakan lain kerana soalan dikemukakan seorang pelajar lelaki)
" Saya bergelar Puan."
" Suami Cikgu Cina atau Melayu?"
" Dia dibesarkan sebagai orang Melayu. Ya, dia Melayu."
" Cikgu memeluk Islam untuk berkahwin, ya?"
" Sebenarnya tidak. Sekarang ramai orang yang memeluk Islam kerana percaya pada 2 khalimah syahadah, bukan untuk tujuan berkahwin."
" Cikgu sekarang Cina atau Melayu?"
" Saya masih berbangsa Cina, tetapi kini saya beragama Islam. Nak senang cakap, saya Cina Islam. Tahukah kamu berapa orang Cina Islam di Malaysia sekarang? Ada kira-kira 60 ribu orang."

Pelajar yang rata-ratanya Melayu senyap memandang tulisan 60 ribu orang yang saya tulis pada papan tulis. Agaknya mereka baru sedar bahawa mereka bukan satu-satunya bangsa yang beragama Islam di Malaysia.

Saya sudah biasa menjadi perhatian orang. Buat selamba sahajalah. Nampaknya pengalaman di universiti sebagai seorang satu-satunya mualaf yang menonjolkan diri telah banyak membantu menyediakan saya untuk suasana di sekolah menengah luar bandar. Bukan mudah apabila setiap gerak-geri diperhatikan orang, tambahan pelajar yang remaja, tetapi insyaAllah saya akan cuba buat yang terbaik.

4 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Salam perkenalan dari saya..buat Kak Aliya..semoga akak terus menjadi insan yang tabah..insyaallah..akak izinkan saya nak buat buat link ke blog akak ni ya...

    nurhuda_cahayapetunjuk

    http://wwwnurhuda-cahayapetunjuk.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam,
    Terima kasih.. nak link,dipersilakan, "moh man tai" (no problem).. saya pun link ke blog nurhuda, k..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, semoga sentiasa di bawah petunjuk Allah. Maaf saya dah lama link blog Aliya, so hari ni saya minta izin utk link kan ke blog saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Alya pun boleh la link blog abang.

    Sebenarnya masa di sekolah rendah dahulu abang pun berfikiran sempit macam murid-murid adik Alya tu. Maklum saja tahun 60an abang duduk di kampung, terpisah dari dunia luar. Di kampung pun tak bergaul sangat, lebih bersama keluarga berbanding dunia luar.

    Dunia mula terbuka luas bila abang bersekolah menengah di Bandar Tinggi, seterusnya Bandar Seremban, melanjutkan pengajian tinggi di Bandar Melaka, seterusnya tinggal di Petaling Jaya, Shah Alam dan Kuala Lumpur.

    Belajar dari alam terbentang, dari pengalaman hidup, dari pencarian ilmu dan dewasa bersama kawan sekeliling... macam tu la

    ReplyDelete