Tuesday, July 22

RANDOM ACTS OF KINDNESS

"RANDOM ACTS OF KINDNESS".
Saya menyelak muka surat buku teks sambil memikirkan cara terbaik untuk mengajar topik tersebut. Menurut maklumat yang dinyatakan dalam buku itu, kempen bersikap baik hati terhadap orang lain dilancarkan di Amerika Syarikat. Anda digalakkan membuat sesuatu yang mulia kepada orang lain, termasuk orang yang tidak dikenali. Di antara cara yang disyorkan adalah dengan membantu mengangkat barang orang lain, membayar tol untuk kenderaan di belakang anda, dan membersihkan halaman rumah jiran yang sakit.

Hmmm... bolehkah begitu? Bagaimanakah kita boleh berbuat baik kepada orang lain? Pada zaman moden dan dengan keadaan ekonomi negara yang kian meruncing, mampukah kita berbuat seperti yang disyorkan itu? Bagaimanakah pula peranan kita sebagai orang Islam dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama?

Saya kurang puas hati dengan maklumat yang diberikan dalam buku teks. Walaupun kempen itu benar-benar terjadi dan mengikut maklumat yang saya dapati ia juga masih berjalan, hati nurani saya tetap membangkang. Takkan pula saya harus mengajar pelajar bahawa perbuatan berbuat baik (showing kindness to others) ini bermula dari Barat? Bagaimana pula dengan nilai-nilai murni kita sebagai orang Timur dan orang beragama Islam? Kalau saya mengiakan kempen 'Random Acts of Kindness' itu sebagai sesuatu kempen baik yang hanya difikirkan dan dimulakan oleh orang bukan Islam, di manakah letaknya ajaran Islam dalam kehidupan manusia?

Ahh.. Islam agama yang syumul. Saya akan cuba menyedarkan pelajar bahawa berbuat baik terhadap manusia dan semua benda hidup sudahpun dituntut dalam agama, terutama Islam. Berbuat baik terhadap ibu bapa, keluarga sendiri dan jiran-jiran sudah lama diajar dalam agama Islam, dan sudahpun lama diterapkan dalam budaya masyarakat Asia.

Masalahnya sekarang, kita sudah semakin jauh daripada mengamalkan sebahagian daripada ajaran Islam. Sebaliknya kita lebih suka hidup menyendiri tanpa mengambil tahu keadaan jiran tetangga. Ataupun kita terlalu berminat sehingga menjaga tepi kain orang. Berapa ramaikah di antara kita yang berbaik-baik dengan jiran tetangga, sekurang-kurangnya bertegur sapa dengan baik? Pernahkah kita menyebabkan ibu bapa kita kecil hati dengan perbuatan kita tanpa kita sendiri menyedarinya? Bukankah dalam al-Quran sendiri kita diingatkan, “Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.” (an-Nisaa’: 36)

Benar, sebagai orang Islam kita harus mempunyai peribadi yang mulia, termasuk baik hati dan berbuat baik kepada semua yang hidup di dunia ini. Malangnya dengan arus modenisasi, bukan mudah untuk kita memiliki sifat mulia membantu orang lain. Tambahan lagi dengan keadaan ekonomi yang semakin teruk, dan harga barangan yang semakin meningkat sehingga rakyat dikempen kurangkan makan nasi, bagaimanakah kita harus mengimbangi keadaan keperluan harian dengan sikap berbuat baik kepada orang lain?

Benar, kita semakin mementingkan diri sendiri. Kita kerap bertanya siapa, apa, mengapa dan bagaimana sebelum sudi membantu meringankan beban orang lain. Itupun kita sering memandang warna kulit dan pegangan politiknya. Kalau tak sebulu, ahhh sorrylah...
Tidak seperti Rasulullah SAW yang dengan senang hati memberikan baju yang dipakainya kepada orang lain yang memintanya.
Tidak seperti sahabat-sahabat Nabi yang sanggup mengorbankan apa sahaja dan membantu meringankan beban orang lain atas nama Islam.

Kita pula?
Hmm.. random acts of kindness yang disyorkan dalam buku kepada pelajar.
Menziarah orang sakit? Itu dituntut dalam Islam.
Memberi makanan kepada binatang yang kelaparan? Juga dituntut dalam Islam.
Membayar tambang bas orang lain? Boleh kalau mampu; itu merupakan sedekah jariah.
Memberi hadiah kepada kawan? Digalakkan dalam Islam; mengeratkan siratulrahim.
Pokoknya, kita sebenarnya sudah ada blueprint untuk berbuat baik kepada orang lain. Kita tidak perlu terlalu bergantung kepada kempen 'Random Acts of Kindness' seperti itu untuk menggalakkan anak-anak kita untuk berbuat baik kerana sebenarnya kempen sebegitu sudahpun dimulakan pada zaman Rasululllah saw. Membuat sesuatu yang baik dan mulia kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan merupakan sebahagian daripada ajaran agama.
Persoalannya, sedarkah anak-anak kita?

7 comments:

  1. Just 4 ur info,

    see what happens when you type 'pukullima.blogpot.com' in the address bar.


    blogpot, not not blogspot.


    Happy browsing :)

    ReplyDelete
  2. Salam adik Alya,

    Benar, Islam itu sangat lengkap dan meliputi semua keperluan sejak anak Adam (manusia) itu lahir ke dunia ini hingga di kebumikan di pusaranya.

    Yang tertinggal (kecacatan) itu hanya pengisian oleh anak Adam sendiri.

    Dalam tajuk di atas anak Adam LUPA hal BERPESAN-PESAN TENTANG KEBENARAN, BERPESAN-PESAN TENTANG KESABARAN.

    Apa bendanya tu?
    Ibu-bapa, Guru, Ustaz & Ustazah, Iman & Mufti, Ketua & Pemerentah hendaklah terus-menerus tanpa berhenti, jemu dan muak mengingatkan anak-anak kita (Jenerasi Masa Hadapan) tentang akhlak Islam, adat & budaya kita serta nilai-nilai murni bermula dari buaian hingga ke liang lahat.

    Ini bersesuaian dengan fitrah manusia yang lemah dan sering lupa.

    Contoh terbaik: Umat Islam wajib memperbaharui ikrarnya (mengucap 2 kalimah shahadah) sekurang-kurangnya 5 kali setiap hari (dalam sembahyang 5 waktu). Jika berkeupayaan tambahlah dengan sembahyang-sembahyang sunat.

    Jumpa lagi.

    ReplyDelete
  3. Yes, Huzai. I do know about the existance of the website (the pukullima.blogpot.com)a few months after I created this blog, Alhamdulillah, Subhanallah for an 's' will lead others here . Coz who knows, maybe readers who intend to reach there will arrive here. As a former Christian, I've gone through all that, and I left becoz Christianity is a man-made religion. Everything has been prearranged by Allah swt, and as I've said, the url of this blog was inspired by Him too :)

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam Abang,
    Ya, mengucap khalimah syahadah 5 kali sehari ketika solat itu juga satu ikrar bukan?
    Semasa pengajaran tadi, rupa-rupanya pelajar saya beranggapan berbuat baik (kind to others)kepada orang lain memerlukan wang dan masa yang banyak spt menderma kpd anak yatim, mendirikan rumah untuk ibu bapa kelak dll. Bila saya beri contoh spt membantu membasuh pinggan mangkuk,membasuh kereta, mengangkat barang dll tanpa disuruh.. barulah mereka kata "ooohhh.." Berbuih mulut saya menerangkan konsep itu kepada pelajar kelas elit tu, hehehee...

    ReplyDelete
  5. sebelum nih pernah kuar pasal similar to random acts of kindness dalam paper star. cara2nya pun lebih kurang sama, contohnya seperti bayarkan tol pada org belakang...sy terfikir, mungkin kita leh war2kan random acts of kindness, the islamic way...n setiap perbuatan kita membantu org dgn ikhlas, insyaAllah boleh mendatangkan ganjaran dari Allah Taala...:)

    ReplyDelete
  6. Kita sebagai umat Islam memang sudah digalakkan berbuat baik or 'being kind' kepada orang lain dan haiwan lain yang memerlukan bantuan. Semua bergantung kepada hati dan keikhlasan kita melakukannya. Masalahnya perkara baik jarang ditonjolkan oleh akhbar Melayu, berlainan dengan akhbar B.Inggeris yang memberi ruang untuk melaporkan perbuatan baik yg dilakukan 'hero-hero'.. sebaliknya saya dapati akhbar Melayu lebih suka melaporkan berita sensasi penghibur dan gosip2liar. Mungkin sebab itulah berita yg memaparkan 'acts of kindness' ini sering didapati dalam akhbar B.Inggeris sahaja sehingga menampakkan kpd non-Muslim seolah-olah agama Islam tidak mengajar umatnya untuk berbuat baik dan membantu tanpa mngharapkan balasan. Yang paling penting, janganlah ank-anak kita snediri beranggapan begitu.

    ReplyDelete
  7. salam kak..
    mmg kita kena tolong org islam 2 sendiri...how bout if kita niat nak tolong dgn menegur perubahan sikap ke arah yg bley mengaibkan diri mereka
    sendiri..tetapi..mereka menganggap
    kita seperti mengaibkan mereka???
    ntah la kak..what i need is ur opinion...2 yg sgt2 sy perlukan..
    can u read my blog..n write 2 me some comment..as i needed an advice from someone..who i think can give me a good advice...huhu... my url..
    http://bzgal.blogs.friendster.com/cutecatz/

    ReplyDelete