Wednesday, May 21

INI HARAM ITU HARAM

"Awak pakai baju berapa lapis?" Mary bertanya.
"Tak panaskah?"
Saya tersenyum. Dahulu saya juga pernah terfikir mengapakah wanita Islam perlu memakai pakaian berlapis-lapis, tak panaskah mereka? Sedangkan saya yang berbaju lengan pendek dan berskirt labuh sudahpun berpeluh-peluh.

Sekarang giliran saya pula disoal begitu.
Yalah, dalam cuaca negara yang semakin panas dan kering, saya masih berpakaian seperti biasa ke mana-mana. Bertudung selapis tidak dikira lagi serkup tudung, jubah atau baju kurung dua lapis, berpetticoat selapis, berstokin tangan dan stokin kaki. Tak panaskah saya?
Entah mengapa, secara jujur saya katakan saya tidak berasa panas. Sebaliknya saya berasa selesa. Mungkin sebab minda sudahpun disetkan untuk menerima keadaan menutup aurat, maka diri tidaklah berasa terlalu panas sehingga kurang menyenangkan.

" Tengok tu. Dah tau haram tetapi masih nak dedahkan aurat. Degil. "
Saya memandang kawan saya yang bertudung. Memang dia sendiri bertudung tetapi dia juga tidak berapa lengkap menutup aurat :P
Mengapa orang Islam Melayu terlalu 'taksub' dengan isu haram haram haram ini?

"Mana boleh makan makanan mereka? Walaupun makanan itu tiada bahan haram, tetapi bekas yang digunakan sudah dicemari dengan daging khinzir. Jadi tetap haram dimakan."
"Tak boleh, haram. Tak boleh menonton wayang di panggung wayang. Mengundang maksiat."
"Isshhh, awak ni degil! Bukankah anjing itu haram disentuh?"
" Tak boleh jabat tangan la. Haram bersentuhan tangan antara lelaki dan perempuan."
Saya memang degil. Sebab degil itulah saya belajar dan mengetahui banyak perkara yang mungkin tidak diketahui orang lain yang malas membaca.

Susah nak mendekatkan orang bukan Islam kepada Islam jikalau kita selalu fokuskan kepada perkara-perkara yang ditegah dalam agama Islam.
Mengapa tidak jelaskan tentang perkara yang tidak diharamkan dan perkara yag digalakkan dalam Islam seperti bersedekah, menjalinkan tali siratulrahim dan bersangka baik?
Mengapa perlu ditegah mahupun diharamkan bagi umat Islam memakan makanan yang dimasak oleh orang bukan Islam, walaupun makanan itu mengandungi seratus peratus bahan halal?
Adakah haram menonton wayang di pawagam bersama ahli keluarga walaupun itu filem kartun untuk kanak-kanak?
Adakah salah kalau menyelamatkan anak anjing yang terjatuh ke dalam longkang?

"Islam bukan semuanya tentang perkara yang haram dilakukan, dik. Banyak lagi perkara yang kita boleh lakukan sebagai umat Islam."

7 comments:

  1. i love to read ur blog! sy slalu 'singgah' di sini to check out ur new entry sejak kawan saya recommend.

    i also always have problem about these haram things. u see, my best friends are non-muslims and my mom especially, is always concerned on the foods that i eat every time i stay over at their place (even though they are vegetarians!). kadang2 rasa it's too futile to explain, bcz people already fixed their mindset, that i jz won't bother to open up my mouth and defend my views.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    nadyaruzz & caliphkaai,
    Memang kadang-kadang nak tergelak dengan tabiat orang MM(melayu muslim)ni. Apa nak buat, kita pun kena sabar dalam dakwah. It takes time for people to relearn.Rasulullah saw took years to dakwah during his lifetime. Yang lebih penting kita haruslah memberi kesedaran kepada orang bahawa Islam bukan setakat perkara haram sahaj. Islam agama syumul, banyak perkara yang dibolehkan daripada yang diharamkan.

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Sadly..it's our cultural baggage..Allah guide us all...

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Aliya ,

    What do you think of this ?

    http://www.juara-rott.com.my/indexR.html

    Correct me if i am wrong , Ning rasa this is unacceptable !

    ReplyDelete
  5. Ok aje.

    Nothing wrong. Maybe dia ada dusun ke, kebun ke, atau guna untuk memburu ke. Maybe guna untuk jaga kawasan rumah yang besar. Maybe untuk tujuan keselamatan.

    Stakat ni tak pernah pula saya jumpa mana-mana hadis kata diharamkan membela anjing. Cuma jika membeli anjing untuk tujuan jinak akan menyebabkan kesan yang buruk seperti hilang pahala dan malaikat tak masuk rumah.

    ReplyDelete
  6. Hong,

    Sebenarnya Ning pun tak pernah lagi jumpa mana mana hadis yang kata bela anjing tu haram

    I have to amit that i think all Poppy's are very cute hehehhhe,but then Atok Ning dok kato Anjing tu harum , some people said this and other said that... I am so confuse !

    ReplyDelete
  7. Hehe,

    The way I see it is anjjing tu memang haram dimakan sama seperti babi.

    Dari segi membelanya pula jika tanpa tujuan untuk agrikultur, kebun, dusun, mengembala dsbnya adalah lebih baik jangan membela kerana akan membawa begitu banyak kesan yang buruk kepada kita. Mungkin disebabkan kesan mudaratnya adalah begitu teruk maka ulamak mengharamkan kita membela anjing. Tapi Nabi Muhammad S.A.W. ikut pengetahuan saya yang cetek ni tak pernah mengharamkan.

    Dari segi menyentuh, memegang anjing pula, ada dua pendapat. Ada yang kata anjing tu najis dan ada yang kata suci. Orang Malaysia akan anggap anjing tu najis (diterima umum masyarakat). Ok, walaupun najis tetapi bukannya haram dipegang. Boleh aje pegang anjing. Kalau anjing(najis) haram dipegang maka bolehkah kita beristinjak? Kalau beristinjak pun ada tak guna 7 kali air dan skali tanah? Kih kih kih...

    ReplyDelete