Saturday, April 26

TU GAK YANG DEPA PENTINGKAN?

"Nak tau la.. erm, awak dah buat tu...?"
"Buat apa?"
"Tu laa... malulah nak cakap.
"Habis malu nak tanya lagi? Cakaplah apa hal?"
"Awak dah... sunatkah? Berkhatankah belum?"
Aikkk! Itu yang buat kawan saya tersipu-sipu malu rupanya.
Saya cuba menahan ketawa tetapi tak mampu. Akhirnya saya ketawa terbahak-bahak.

Isu ini memang menjadi tanda tanya. A big question mark di kalangan kawan-kawan saya yang bukan Islam. Umumnya semua mengetahui bahawa lelaki Islam wajib berkhatan atau menjalani circumcision. Amalan berkhatan atau 'masuk jawi' memang satu upacara wajib untuk semua lelaki Islam dan telah disebut di dalam al-Quran.

Perempuan bagaimana pula?
" Perlukah wanita yang masuk Islam berkhatan atau bersunat?"
" Saya akan memeluk Islam. Bakal suami saya menyuruh saya supaya berkhatan tetapi setahu saya, perkara ini tidak wajib bagi perempuan. Lagipun saya risau akan implikasinya terhadap kesihatan saya kelak. Perlukah saya berkhatan juga?"

Kebanyakan orang Melayu Islam di negara kita beranggapan berkhatan wajib dilakukan kepada kedua-dua lelaki dan wanita. Menurut mazhab Syaf'ie dan Hambali, ia wajib tetapi bagi mazhab Maliki dan Hanifah ia hanya sunat bagi wanita. Tidak ada satu pun ayat al-Quran menyuruh wanita berkhatan atau hadith yang menyatakan Rasulullah s.a.w. sendiri mewajibkan amalan berkhatan untuk wanita, sebagai satu syarat menjadi umat Islam. Sekiranya berkhatan untuk wanita Islam wajib sudah tentu baginda mengarahkannya sebagaimana mengarahkan wanita Islam untuk menutup aurat.

Daripada pembacaan saya, berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan. Amalan ini sudah lama wujud sebelum zaman Rasulullah lagi. Para ulama Syafi‘e mengatakan bahawa jika berkhatan itu tidak wajib, nescaya tidaklah diharuskan membuka aurat ketika berkhatan dan tidaklah diharuskan tukang khatan melihat aurat orang yang dikhatan, kerana kedua-duanya itu adalah haram. Jadi apabila kedua-dua yang diharamkan itu diharuskan bagi tujuan berkhatan, ini menunjukkan bahawa berkhatan itu hukumnya adalah wajib. Asy-Syirazi, al-Ghazali (kedua-duanya dari ulama mazhab asy‑Syafi‘e) dan sebahagian ulama pula berdalil dengan qiyâs. Mereka mengatakan bahawa berkhatan itu ialah dengan memotong anggota yang sejahtera. Jika berkhatan itu tidak wajib, nescaya tidaklah boleh memotongnya (memotong selaput kulit zakar) sebagaimana tidak boleh memotong jari, kerana tidak harus memotong anggota yang sejahtera melainkan jika kerana dijatuhkan qishâsh.


Cara bagaimana berkhatan itu, yang wajib bagi lelaki ialah dengan memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar sehingga nampak (terdedah) kepala zakar itu keseluruhannya. Jika dipotong sebahagian sahaja daripada selaput kulit itu, wajib dipotong bakinya sekali lagi. Cara berkhatan yang wajib bagi perempuan ialah dengan memotong daging yang ada di sebelah atas faraj yang seakan-akan bonggolan atau jambul di kepala ayam jantan. Yang lebih afdhal ialah dengan memotong sedikit sahaja dari daging itu. Satu hadith menyebut, “Apabila engkau mengkhatan maka khatanlah (dengan memotong sebahagian al-bazhr) dan jangan engkau berlebih-lebihan (dalam memotong), kerana yang demikian itu menjernihkan air muka perempuan dan mendatangkan kesukaan kepada suami (boleh menambah kelazatan bersetubuh).”

" Orang Melayu tak pandai dakwah , sikit-sikit potong lanciau (berkhatan)."
" Sebaik saja ucap syahadah, sudah ada yang menariknya ke klinik untuk dikhatan."
" Lu tak ada perempuan lainkah? Lu kawin dengan dia, Lu kena 'pergi zap' "
Aduh! Mengapa perkara itu juga yang dirisaukan dan selalu diketengahkan oleh orang yang sudah sedia Islam kepada saudara baru? Isu itu juga yang sering menjadi bahan jenaka untuk mematahkan hasrat lelaki bukan Islam untuk memeluk Islam.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa solat tidak sah sekiranya lelaki itu tidak berkhatan. Apakah dalilnya daripada hadith atau al-Quran? Belum pula saya temui.

Seorang saudara baru mempunyai banyak perkara yang perlu difikirkan dan diuruskan selepas memeluk Islam. Penentangan oleh ahli keluarga yang tidak menerima agama barunya merupakan satu masalah besar. Sekiranya anda adalah dia, adakah anda akan memikirkan tentang bab berkhatan sedangkan banyak perkara lain yang tidak kurang penting perlu diberi perhatian?

Saya hairan mengapa bab ini begitu dititikberatkan oleh sesetengah pihak.
Mengapakah harus disuruh seorang saudara baru yang belum bersedia dari segi emosi dan psikologi untuk menjalani pembedahan kecil itu?
Sedarkah mereka-mereka yang menyuruh itu bahawa yang menjadi subjek sekarang adalah orang dewasa, bukan lagi kanak-kanak yang belum baligh yang boleh berehat beberapa minggu di rumah selepas berkhatan, dan diberi penjagaan kesihatan yang rapi. Sebaliknya saudara baru atau mualaf dewasa perlu mencari nafkah hidup terutamanya yang sudah dibuang keluarga. Memang berkhatan amalan yang dituntut oleh Islam akan tetapi mengapa tidak diutamakan dahulu penghayatan Islam di kalangan saudara baru serta memastikan mereka benar-benar memahami cara hidup sebagai orang Islam terlebih dahulu sebelum menasihati mereka untuk pergi berkhatan?

Bagi yang wanita, hormatilah haknya sebagai individu yang mempunyai pilihan. Perlu diketahui bahawa amalan berkhatan bagi wanita Islam masih menjadi bahan perdebatan di kalangan ulama-ulama Islam sendiri sama ada ia sunat atau wajib. Ramai wanita Islam di negara-negara Arab yang tidak dikhatankan. Namun begitu, sekiranya mualaf wanita sendiri mahu berkhatan, bawalah beliau kepada doktor wanita Islam yang pakar dalam sakit puan dan sudah mahir menjalani pembedahan berkhatan untuk wanita dewasa. Bukankah haram bagi seseorang
wanita untuk mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim, tambahan bahagian yang paling sulit sekali? Perlu diingati juga bahawa sunnah Nabi mengarahkan supaya hanya sedikit sahaja hujung daging sebelah atas faraj wanita berkenaan yang boleh dipotong. Oleh yang demikian, dosa turut ditanggung mereka yang membawa mualaf wanita tersebut ke klinik dan menyusahkan hidup dan masa depannya apabila pembedahan kecil itu lebih memudaratkan kesihatannya daripada keadaannya sebelum itu.

Islam agama yang sederhana. Islam tidak pernah menyusahkan umatnya.
Syarit Islam telah pun sempurna, namun tidak menjadi satu kesalahan jikalau ia dijalankan secara berperingkat-peringkat, sebagai menjaga keadaan manusia serta mengikut petunjuk Rasulullah s.a.w. yang telah bersabda:' Sesungguhnya Allah menyukai kelembutan di dalam semua perkara."
image photo: www.circinfo.org

9 comments:

  1. Yay to that! I really agree. There are other bigger issues at hand...Kenapa orang kita terlalu pesimis dan suka menakutkan seseorang yang ingin mendekatkan diri kepada Islam...Buka minda for Islam is BEAUTIFUL!

    ReplyDelete
  2. anny,
    In answer to your question, well...What's the opposite of Tuhan for Malay? Hantu, hehehe. That's enough to explain the thinking some people have about certain issues deemed 'holy-important' than striving to live a real Islamic life :P

    huzai,
    I'll take the term 'girl' as a compliment, hahahaa. Isn't it funny no matter how developed we claim to be, some people still have some obsessions about how the 'object' between the legs should look like :P

    ReplyDelete
  3. aslm wbt

    hatta lelaki yg wajib sunat2 pun, bersunat atau berkhatan bukanlah syarat menjd islam.

    menyuruh org yg mahu memeluk Islam utk berkhatan sama spt suruh org Hindu yg belum Islam utk bersolat 5 waktu.

    biarkan mrk menjd islam dahulu, didik sdikit demi sdikit, bknnya lpas jd islam agenda utama ialah snat, khatan.

    ReplyDelete
  4. Pls check this out. It has some discussions about berkhatan for female converts/ muallaf.

    My sister in law is a chinese muallaf and I know for sure she did khatan because My mother and I took her to Mak Bidan for the snip-snip :)


    http://maurina.wordpress.com/2007/11/16/female-circumcision-explained/

    ReplyDelete
  5. Yes, I do know about the advices given. What I intend to say here is, give the mualaf time to make their own choices, not to expect them to be perfect muslims within a month. Sometimes, new converts are expected to agree to everything being recommended by the 'religious authority', and being made to feel guilty if they are not ready to follow the norm eg if go for any organised functions, must wear baju kurung (why not just say tutup aurat?, must wear tudung to go mengaji with the ustazah (what if she's not ready yet?), must go for the'snip-snip' if you want to be a true muslim, bla-bla-bla... Heck, Muslim reverts must do all the things right the first time, better than the born-Muslims?
    I hope your sis-in-law had gone at her own will for the circumcision, diyah, and not because she felt that she had to, being taken there by her own mother-in-law!

    ReplyDelete
  6. I understand you. But I can assure you my sis-in-law did the snip-snip on her own choice.

    She's actually kind of a wild girl. Have a couple tatoos and a bit into body piercing. By the way, my brother is a harley-biker, so I'm sure you can see the connection.

    So one day, she decided to get piercing in her private part. But apparently my bro talked her out of it. But she wasn't happy to leave it as it is. So my bro talked her into getting circumcised instead.

    So, if she did not get circumcised, she whould have gone for the piercing, which is far more dangerous. Hehehehhee

    Anyway, just a week after the snip-snip, she's back into her tight jeans and already riding her harley-davidson

    Now, two years later, I've never seen her in baju kurung or tudung, just a simple loose tudung during Aidil Fitri family gathering

    Of course, that doesn't make her a bad muslim. She just doesn't fit the picture most Malay people think of a muslimah

    ReplyDelete
  7. Dear Aliya,

    Have you ever heard the word 'hoodectomy' ??

    It's a medical surgical procedure where the hood ( or foreskin ) of the clitoris is removed or reduced. It's very similar to male circumcision.

    It's often practised in the US on adult women who have clitoral phimosis, which is a similar condition to male phimosis. The clitoral hood is too long and preventing the glans clitoris from being stimulated and cleaned.

    Women who had this surgery usually are happy with the result. The clit is much cleaner and the pleasure is even more intense.

    It's basicly what bersunat for women is. Removing the clitoral hood for better hygine and better sexual pleasure, just like male circumcision.

    Too bad in Malaysia it's such a taboo topic to discuss. Correctly done, it's very beneficial for women :)

    Aliya, maybe you should try hehehehehe :D

    ReplyDelete
  8. Wow,this topic is getting interesting, hehehee... Thanks dr.aizah for writing in. Yes, I do know about it as my mom was a nurse. And no, I don't need to try 'coz I've just remembered a emergency minor operation I had during my teenage years, huhuhuu.. everything has been predestined :)

    ReplyDelete
  9. To all female muallafs in Malaysia, i have something to tell you.

    Female circumcision is NOT WAJIB nor SUNNAH. If it's so, then why the Prophet didn't circumcise any of his daughters? Answer this before you say this is a religious request, no matter wajib or sunnah.

    Is there a SUNNAH that the Prophet never did it a single time in his life without any reason? Is there? Is there? IS THERE?

    This is not something the Prophet tell or encourage us to do. This is JUST A MERE TRADITION! In this case, Malay tradition.

    To all female muallafs, you convert to Islam, not to Malay. Think it.

    If you get circumsed because you convert in Malaysia, then what will happen if you convert in Saudi Arabia or Syria?

    If you get it done because you marry a Malay, then what will happen if you marry an American? Or the Prophet himself?

    Is the same thing happens? If not, then why...?

    ReplyDelete