Saturday, March 22

SENSITIF SANGATKAH UMAT ISLAM?


"Nak makan apa ya?" kata *Lydia ketika kami keluar bersama dalam keretanya.
"You nak makan apa?"
"Kalau nak makan di kedai Cina, no problem. Saya boleh makan roti bakar, lama tak makan pun" kata saya kepada dua orang kawan Cina yang beragama Buddha itu.
Mereka agak terkejut. "Eh, tak payahlah sampai gitu. Kita cari kedai yang jual makanan halal."
Kawan-kawan saya memang tahu saya sudah lama tak makan daging babi, berbulan-bulan sebelum memeluk Islam secara rasmi. Kini dengan penampilan saya dalam tudung, lagilah mereka menjaga sensitiviti saya dan tidak pernah menjemput saya keluar apabila mereka hendak menjamah makanan tidak halal bagi umat Islam.
Sebenarnya saya tidak kisah kalau perlu masuk kedai Cina.

"Sorry la, saya teringin nak makan masakan Cina," Lydia serba-salah apabila kami masuk ke ruang gerai makanan Cina di sebuah pusat membeli-belah.
Saya hanya ketawa.
"Kenapa nak minta maaf pula? Bukan salah you nak makan daging pun, ia kan makanan biasa you?"
Makcik Cina yang menjual itu kehairanan melihat saya di gerainya.
"Ini daging babi," terangnya seolah-olah saya tidak tahu.
"Bukan saya nak makan, kawan saya yang nak makan," saya tersenyum sambil melihat makanan-makanan yang dijual di gerainya.
Kami duduk semeja dan berbual dalam Bahasa Cina. Saya memesan masakan western yang dimasak oleh orang Melayu.
Sudah tentu orang yang berada di situ memandang saya dengan hairan. Saya satu-satunya wanita yang bertudung yang makan di situ. Mungkin juga pelanggan Islam pertama yang makan di situ.
'You betul-betul tak kisahkah makan di sini?" tanya Lydia lagi untuk mendapatkan kepastian.
"Tak kisah, bukannya saya makan makanan yang tak halal di sini. Takkan you pula yang sensitif jadinya," saya menepuk-nepuk bahu Lydia menenangkannya.

Makanan dan gerai makan. Cukup sensitif kepada sesetengah golongan.
"Eh, nak tau lah. Kenapa dulu orang boleh guna istilah 'babi' tetapi sekarang guna istilah 'khinzir' pula?"
"Khinzir' dalam bahasa Arab agaknya, lebih sedap disebut daripada babi," saya cuba meneka. "Binatang tetap sama, nama lain saja. Bukannya babi akan makin cantik kalau disebut khinzir"kawan seorang lagi berseloroh.
Aiikkk, perasan juga kawan-kawan Cina saya tu tentang perubahan istilah bagi binatang berkaki empat ini. heheheee...

"You tak rasa nak makan semula ke daging babi tu?"
"Tidak, bukannya sedap pun," saya menjawab.
"Bagaimana rasanya daging babi tu ehh?" tanya kawan Melayu.
"Biasa saja, lebih lembut daripada daging lembu," saya menjawab.
Saya tak rindu nak makan sebab dah sah ia haram dari segi agama Islam. Maka tak perlulah hendak difikirkan sangat akan rasa dan bentuknya.

Saya tergelak apabila membaca berita tentang ahli politik Teresa Kok yang memaparkan daging babi salai di blognya. Ramai pula komen daripada pembaca bukan Islam yang memintanya agar sensitif kepada sentimen orang Islam.
Hmmm, sensitif sangatkah umat Islam sehingga perlu diharamkan gambar babi dalam internet?
Bagi saya, tak perlulah sensitif. Itu hak beliau untuk memaparkan gambarnya, begitu juga hak umat Islam jika hendak memaparkan gambar lembu yang disembelih kerana ia yang boleh menimbulkan kemarahan penganut Hindu. Orang bukan Islam risau umat Islam marah kerana gambar babi itu?
Bukannya umat Islam yang dijamu dengan daging tu. Itu makanan kebiasaan orang Cina, dan memang sudah menjadi adat makanan itu dihidangkan dalam keraian Cina. Lagipun bukan murah; seekor babi salai mencaai ratusan ringgit.

"Kak, saya mula-mula tak marah walaupun dia marahkan anak kecil saya ni yang tak tahu apa-apa. Tapi dia panggil saya 'babi', tu yang saya tak tahan," kata jiran saya yang baru bergaduh dengan auntie Cina sebelah rumah kami.
Aduhh... istilah babi amat membahayakan. Orang Cina suka menggunakannya terhadap orang Islam apabila bergaduh, kerana tahu betapa sensitifnya perkataan ini. Orang Melayu juga pernah didengari menggunakannya terhadap orang Cina ketika bergaduh, kerana itu antara yang membezakan keua-dua golongan ini.
Nak buat macam mana? Perkara yang orang tidak suka itulah yang akan disentuh semasa pergaduhan.

Saya percaya umat Islam lebih berfikiran terbuka dalam perkara ini gambar babi ini. Kalau nak marah pun, sepatutnya marah dengan website-website yang memaparkan adegan lucah wanita-wanita Melayu (Islamkah mereka ?), pelakon-pelakon dan penyanyi tanahair yang kurang senonoh. Marah dengan blog tertentu yang menghalalkan penzinaan, arak dan pencabulan kehormatan. Mengapa itu ada orang Islam yang tidak marah? huhuhuuu...

5 comments:

  1. hm..nani pun tatau nk ckp ape kak aliya..nani takpenah la pulak terasa marah ke ape tgk display babi..mcm mane nk ckp ni..ha, itu kan hak diorg, tak salah pun..nani rase kite lg patut marah dgn org-org melayu (islam) yg berkelakuan tak senonoh..mcm kak aliya ckplah, mmg pelik sket msyrkt kite ni kdg-kdg..

    ReplyDelete
  2. salam.

    allo~ salam prkenalan. sy ni slah sorg shbat kpd kak nani atas tu. hehe. anyways, i strongly agree with this

    'Hmmm, sensitif sangatkah umat Islam sehingga perlu diharamkan gambar babi dalam internet?
    Bagi saya, tak perlulah sensitif. Itu hak beliau untuk memaparkan gambarnya, begitu juga hak umat Islam jika hendak memaparkan gambar lembu yang disembelih kerana ia yang boleh menimbulkan kemarahan penganut Hindu.'

    yeah. dan sy faham kbnykkn perasaan serta pengalaman yg kakak alami. sabar jek. org melayu m'sia mmg pelik. luar ngara xdek mcm ni pon. bnyk nye pahala yg kita dpt tiap kali brsabar diperlakukn oleh org lain mcm tu.

    azali manusia:
    benda yg disukai pasti ada alasan utk melindunginya.
    cthnya sprti yg kakak ckp pasal org2 mlayu (islam) yg brklakuan x snonoh tu dan dipaparkn di media. brapa ramai yg reject? brapa RAMAI yg WOW~~?

    ReplyDelete
  3. Saya kira mungkin sebab persekitaran jugak kot. Macam kawan saya pernah tanya saya bila team kerja ajak buat BBQ di luar, memandangkan dia sorang je Muslim dalam group tu dia keberatan nak ikut. Kawannya dah berjanji nak bawak mi dari rumah, jadi dia was-was tentang barang-barang yang mungkin ada digunakan untuk memasak babi. Saya bagitau dia, as long as makanan yang dimasak tu menggunakan bahan halal, jangan susahkan diri tentang peralatannya.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam,
    Mudah saja. Jangan kita sesekali cuba menghalalkan yang haram, dan mengharamkan yang halal, k. Rujuk kepada al-quran dan sunnah Rasulullah, yang ditinggalkan untuk panduan kita.
    Setahu saya Islam tidak pernah menyusahkan umatnya. Malangnya kadang-kadang kita sendiri yang sengaja merumitkan keadaan dan merenggangkan hubungan kita dengan orang bukan Islam. Marilah kita berusaha menjadi umat yang terbaik, yang dihormati kerana amalan dan akhlak kita, malah lebih baik daripada mereka yang bukan Islam.

    ReplyDelete
  5. salam..
    aku sedang researh mengenai babi.. dan terjumpa entri nie..

    byk yang betul apa yg ditulis puan tu.. dan banyak pemikiran yang perlu dilakukan..
    saya suka membacanya...
    telus..


    tapi seelok2nya babi ini dijauhkan dari org melayu atau islam itu sendiri sebab babi ini haram..

    salam...

    ReplyDelete