Sesungguhnya manusia akan sentiasa diuji.. bezanya hanya di tahap apa dan bagaimana bentuknya ujian itu hanya Allah yang maha mengetahui. Berlainan dengan penganut agama lain, kita sebagai umat Islam percaya pada syurga dan neraka; pada qadak dan qadar. Kehidupan di dunia hanya sementara.. umpama satu persinggahan atau transit ke dunia lain yang lebih baik dan sempurna. Paspot kita adalah ketaqwaan kita, keimanan dan kesabaran kita menghadapi segala ujian dan musibah yang ditentukan ke atas kita.
Lagi tinggi tahap iman kita, lagi berat ujian itu. Seorang ustazah mungkin diuji kesabarannya dengan tidak mempunyai cahaya mata bertahun-tahun selepas berkahwin; seorang ibu tunggal mungkin diuji dengan fitnah jiran tetangga; seorang suami yang baik mungkin diuji dengan isteri yang curang, dan sebagainya. Apa-apa pun ujian atau musibah yang dihadapi, janganlah kita sekali-kali menyalahkan takdir. Jangan kita membelakangi agama Islam dalam usaha mencari jalan penyelesaian. Juga jangan kita cepat berputus asa dan membiarkan sikap keji seperti dendam, hasad dengki, marah, benci, prasangka dan sebagainya meresap ke dalam hati kita dan menguasai perasaan kita. Sebaliknya kenalah kita bersabar, melenhgkapi diri dengan sifat mahmudah dan bertawakkal kepada yang Maha Mengetahui. Seharusnya kita mendekati diri kita kepada Allah swt pada ketika itu... percayalah bahawa segala-gala kekusutan yang berlaku akan ada jalan penyelesaian yang terbaik.. insyaAllah...
Daripada pembacaan saya:
Kenapa Aku Tak Dapat Apa yang Aku Mau?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah : 216).
Kenapa Ujian Seberat Ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (QS. Al-Baqarah : 286).
Kenapa Hasilnya Seperti Ini?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (QS. Ali Imran : 139).
Bagaimana Aku Harus Menghadapinya?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan), serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (QS Ali Imran : 200).
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (QS. Al-Baqarah : 45).
Apa yang Aku Dapat dari Semua Ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... " (QS. At-Taubah : 111).
Kepada Siapa Aku Berharap?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain diriNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (QS. At-Taubah : 129).
Aku Tak Dapat Bertahan Lagi!
"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (QS. Yusuf : 12)
Itulah keindahan dan perbezaan Islam berbanding ajaran agama lain.
Agama Islam mengajar kita bahawa bayi yang dilahirkan adalah suci dan bersih daripada sebarang dosa. Kita tidak memerlukan pengantara di antara diri kita dengan Allah swt.
Sebaliknya penganut agama Buddha percaya, kesusahan atau musibah itu adalah balasan kepada dosa masa kehidupan yang lalu. Penganut agama Kristian pula perlu mengaku Jesus sebagai Penyelamat maka barulah mendapat jaminan masuk syurga. Penganut agama Hindu pula percaya manusia dapat musibah kerana balasan dosa dahulu.
Maka apabila manusia ditimpa terlalu banyak kesusahan, mereka mungkin akan membunuh diri kerana tidak tahan menghadapi ujian hidup. Orang Islam yang warak pula tidak sebegitu cepat berputus asa. Perbezaan ini kerana pegangan akidah kita berbeza daripada mereka yang menganuti agama lain. Jadi sebagai umat Islam yang dipilih Allah swt menjalani ujian hidup ini, sepatutnya kita bersyukur kerana diuji dan bertawakkal kepadaNya. Hidup di dunia hanya persinggahan sementara.
*pos ini pernah saya terbitkan dalam muslimsocial.com

salam,sis
ReplyDeleteyour postings are getting maturer. keep writing =)
thanx for dropping by.